Hi. Assalamualaikum.
Lama sudah blog ni terbiar. Rasanya dah lebih 3 tahun. Tapi ada beberapa posting lama yg masih ada pengunjung. Sebab Google hantar report setiap bulan post view utk blog ni. Dan sehingga ke hari ni, ada juga orang yg masih call dan wassap tentang PC game yg aku jual. Actually, aku dah tak jual PC game lagi dah. Sebab PC aku dah takde grafik kad dan aku pun dah lama main Playstation 4. So, aku just main PES 2021 je la.
Bagaimana kehidupan aku sekarang ni? Tak nak cerita pasal
COVID la. Itu semua sedang kita hadapi sekarang. Aku masih bekerja dengan syarikat kontraktor gas. Tahun ni dah masuk tahun ke-5 aku kerja kat situ. Setiap hari berulang dari
Kajang ke ofis aku di
Seremban. Bukan tak nak cari kerja lain, tapi aku rasa di sini yg terbaik buat masa ni. Kekadang rasa bosan dan letih, tapi aku ikutkan saja
flow kehidupan aku. Dulu pun dah pernah
apply keje gomen nak masuk PTD, tapi kantoi dua kali di peringkat terakhir dua tahun berturut-turut.
Sebenarnya selain PKP dan COVID, ada banyak peristiwa penting yg berlaku kpd aku pada tahun lepas. Pertamanya aku berjaya menjual sebidang tanah di Cyberjaya berharga RM 1.35 juta iaitu sebulan sebelum PKP 1. Ini adalah property pertama yg aku berjaya jual sbg part timer dlm bidang property. Kedua ialah aku telah meluahkan perasaan kpd seorang gadis yg aku suka. Umur dia 6 tahun lebih muda drpd aku dan masih single. Tapi dia tak accept atau reject aku pun, dia minta berikan masa utk decide sebab tak nak terburu-buru.
Walaubagaimanapun itu semua telah berlalu. Aku pernah keluar beberapa kali dgn dia, sekali sekala mesej, tapi aku rasa akhirnya dia yg menjauhkan diri drpd aku. Aku membuat coretan ini pun sebab sebenarnya aku masih sukar menerima apa yg berlaku. Aku tahu jodoh dan pertemuan itu kuasa tuhan, tapi apakan daya aku ini insan yg lemah. Sejujurnya aku agak hilang arah pada masa tu, dan semasa ini pun aku masih cuba utk menerima kenyataan. Sukar utk aku jelaskan di sini tapi barangkali siapa yg pernah merasai pasti akan faham.
Adakah sebab jarak umur yg agak jauh? Adakah sebab aku tak pakai kereta mewah? Adakah sebab aku tak banyak harta? Entah la. Aku sedar keadaan diri aku. Pada umur 35 tahun semasa ini, aku masih belum mempunyai kehidupan yg stabil, rumah dah kereta pun aku belum beli (Aku pakai
kancil buruk je yg ayah aku berikan masa mula kerja 12 tahun lepas). Duit simpanan semasa tak lebih RM10k walaupun aku dah kerja lenih 4 tahun selepas
grad Master's Degree. Sebelum sambung
Master, aku pernah kerja selama 5 tahun dan
berjaya kumpul lebih RM40k tapi duit tu dah hangus lama dah. 😥 Barangkali mungkin ini dugaan yg perlu aku hadapi dgn tabah.
Perkara ketiga ialah aku kini kembali menghafal surah Al-Kahfi. Semasa ini aku telah menghafal sehingga ayat ke-95 (Kisah Raja Dzulkarnain yg membina tembok penghadang Ya'juj & Ma'juj). Hanya tinggal 15 ayat shj lagi sebelum aku berjaya menghafal keseluruhan surah berjumlah 110 ayat. Bukan mudah sebenarnya kerana aku mula menghafal surah Al-Kahfi ni semenjak bulan November tahun 2015. Dah hampir 6 tahun dah berlalu, tapi itulah aku ni selalu lalai. Selalu ON/OFF je bab hafazan ni. Cadangnya selepas habis surah Al-Kahfi ni, aku nak hafal kesemua surah di dlm Juz 'Amma. Tapi sebelum tu aku kena hafal balik surah As-Sajadah dan Ad-Dukhan sebab aku ingat ingat lupa je dua surah ni. Insha Allah aku masih mengingati hafazan 4 surah yg lain.
Walaupun hidup aku tak macam org lain terutamanya kawan2 aku yg aku rasa mungkin lebih bahagia dan tenteram, namun aku percaya setiap orang ada timeline mereka yg tersendiri. Mungkin masa aku bukan sekarang. Kadang2 aku rasa macam aku tak bernasib baik. Tapi bila aku lihat keadaan org lain yg lebih tidak bernasib baik berbanding aku, itu membuatkan aku rasa bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang ni. Akhirnya aku sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Setiap orang akan mati dan akhirnya tak ramai orang pun akan mengingati selepas kematian kita. Aku tak akan dapat semua apa yg aku nak di dunia ini, tapi aku tidak akan pernah berputus asa dgn rahmat Allah.
Sekian