Saya tak pernah kerja dgn government. Saya bekerja dalam bidang swasta. Company pertama yg saya bekerja di situ adalah manufacturer Pressure Vessels, unfired vessels utk storage dsb. Company kedua pula buat gas piping installation tetapi lebih kpd bidang construction. Jadi anda dapat lihat bidang yg saya ceburi ini secara umumnya adalah berkaitan Oil and Gas.
Company pertama tugas saya adalah sbg QA/QC Engineer, namun pada beberapa bulan akhir sebelum saya resign tahun 2011 dulu, saya terlibat dlm kerja design dan DOSH. Kerja dlm bidang kualiti kilang besi macam tu memang tak lari drpd kerja berkaitan welding la. Kat kilang saya dulu ada 5 jenis welding yg digunakan iaitu SMAW, SAW, GTAW , GMAW dan Flux core. Jadinya kerja welding inspection ni memang wajib ler utk ahli QA/QC. Selain drpd visual inspection, ada juga NDT inspection, maka bidang ni sebenarnya agak luas jugak la prospek kerjayanya.
Sebelum tu, saya kena bahagikan kompetensi ni kpd dua bahagian. Bhg pertama ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan kerajaan. Manakala yg kedua ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan professional atau organisasi antarabangsa.











