10 May 2013

Di bawah pohon itu aku dan dia...

Hari ni ada awek cun belanja aku makan tengahari. Alkisahnya pada hari rabu lepas, ada seorang gadis ni baru masuk kerja kat ofis aku. Bos aku pulak emergency leave sampai ahad ni. Jadi, aku ditugaskan utk memberi penerangan dan mengajar serba sedikit kerja2 yg perlu dilakukan kpd gadis ni. Sampai la waktu lunch, semua budak dah pergi site. Jadi aku pun keluar lunch dgn dia. Tak jauh pun tempat lunch kitorang. Bawah pokok seberang jalan depan ofis je ada gerai makan tengahari org melayu jual lauk.



Masa nak bayar tu, aku mintak makcik tu kirakan sekali makanan yg aku ambil dgn budak perempuan tu. Kira aku belanja dia lunch hari tu. Sebenarnya aku bukanlah tak pernah makan berdua dgn perempuan. Tapi hari tu nasi yg aku makan tak habis2. Punya la nervous bila bertentang mata dgn dia. Selalu aku tunduk wajah aku bila dia membalas balik renungan aku. Semalam aku ada buat kerja kat Shah Alam, jadi tak sempat nak balik ofis masa lunch. Walaupun aku terasa dalam lubuk hati aku ni nak sangat keluar lunch dgn dia, tapi apakan daya kerja kena diutamakan.

Sampai la tengahari tadi, dia yg ajak aku keluar lunch. Aku ajak budak2 lelaki yg ada kat ofis aku tu join kitorang keluar lunch sama2, tapi diorang bagi alasan ada kerja nak buat. So pergilah aku dgn awek tu ke gerai bawah pokok di seberang jalan depan ofis aku. Masa dah siap ambil lauk tu, dia terus dtg kat aku cakap yg hari ni dia nak bayarkan makanan aku sekali. Aku cakap ok je. Lepas tu aku ambil air tembikai susu, dia pun ambil air tembikai susu sama macam aku jugak. Kelmarin masa lunch aku ambil air jagung, dia pun ikut aku ambil air jagung sama. Tapi aku tak tau la kenapa. Mungkin dia suka ikut aku kot? Sekali lagi nasi yg aku makan tak habis. Apakah aku sedang dilanda perasaan itu? Sampai makan pun tak kenyang. Aku rasa sangat mendamaikan di bawah pokok itu bersama dengannya. Ranting daun yg jatuh ke dlm gelas minuman aku biarkan saja demi menikmati keindahan waktu tersebut. Di meja itu hanya kami berdua duduk sambil dikelilingi meja pelanggan2 lain yg tak dikenali. Kami berbual dan sesekali ketawa bersama. Kalau boleh, aku nak masa berhenti utk aku terus menatap wajahnya yg ayu itu. Wajah yg mengingatkan aku kpd seseorang. 

Selalu aku berdoa kpd Allah semoga aku dapat bertemu dgn pasangan aku. Aku pun selalu fikir pasal dia sampai terbawa ke rumah mengingatkan dia. Sejak dua menjak yg lepas, aku rasa happy je. Kalau boleh aku nak dia kekal lama sikit kat company aku tu supaya boleh aku mengenali dia dgn lebih lanjut. Apa pun, aku yakin kpd takdir. Andaikata dia milik aku insyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Andaikata dia bukan jodoh aku, aku redha. Segalanya adalah ketetapan tuhan.  

No comments:

Post a Comment