Showing posts with label Ulasan filem. Show all posts
Showing posts with label Ulasan filem. Show all posts

12 February 2017

Bila Hacksaw Ridge nak tayang kat Malaysia ni?


Semalam aku baru tonton filem ni. Blu-ray rip tau, bukan gambar dlm wayang. Huhu. Ianya sebuah filem tentang perang dunia ke-2 di mana Amerika syarikat cuba menawan kubu tentera jepun di Okinawa. Dalam filem ni tak ada kereta kebal atau pesawat pengebom pun. Tapi scene perang dia sangat best. Kalau korang nak tengok scene letupan dan bom, orang putus kaki, badan berkecai, maka inilah filem yg sesuai. Hehe. Memang ngeri beb! Tapi scene battlefield dia mula selepas sejam tayangan. Sejam awal tu cerita pasal kisah hidup watak lakonan si Garfield tu je.

Watak utama dia adalah seorang tentera medik, tapi yg eklusifnya dia ni tak pernah tembak seorang pun musuh di medan perang sebab dia tak bawa senjata pun kerana dia memang berikrar tak nak pegang senjata! Panjang betul ayat aku tulis ni, haha!

15 September 2015

The Age of Adaline



Lama juga tak buat ulasan filem kat sini. Baru tengok cerita hitman agent47 pada dua minggu lepas, tapi tak nak ulas filem tu. Cliche sangat jalan ceritanya. Filem yg aku nak bincangkan pada kali ini ialah The Age of Adaline. Aku pilih perkataan bincang sebab aku tak nak ulas banyak sangat pasal jalan cerita dia tetapi aku nak bincangkan tentang motif dan tema filem ini.

19 January 2012

Contraband Review

Contraband adalah sebuah filem yg masih lagi ditayangkan pada ketika ulasan/review Contraband ini ditulis.

Ianya mengisahkan tentang bagaimana pengorbanan seorg abg utk menyelamatkan adik iparnya drpd tekanan tokan dadah. Abg dia ni merupakan seorg penyeludup yg sangat pakar tetapi telah bersara dan memulakan bisnes pemasangan penggera keselamatan.
Menyedari nyawa adik iparnya dlm bahaya kerana berhutang dgn tokan dadah, dia pun berusaha utk berbuat satu. Apa yg dia lakukan adalah naik semula ke atas kapal utk ke Panama bagi membeli mata wang palsu US bernilai jutaan dollar.

Namun begitu banyak twist yg berlaku dan terpaksa menghadapinya dgn bijak dan tabah. Aku sukakan cerita ni kerana jalan ceritanya yg lain drpd kebiasaan. Ada satu babak yg sgt kelakar apb kapten kapal ditangkap bersama tokan dadah di dlm rumah beliau. hahaha... Overall, aku cadangkan sesiapa yg belum menonton pergilah menonton filem ni. Korang takkan rasa mengantuk kerana banyak aksi yg mendebarkan. Berbaloi...

26 April 2011

...dalam botol



Baru je selesai menonton cerita ...dalam botol. Dot dot dot tu aku tak tau la apa benda, mungkin 'adik' ke atau 'black cock' ke, korang fikir la sendiri. Tak sempat nak tengok wayang, aku download kat internet je. Mula2 aku ingatkan cerita gay murahan, tapi ternyata aku silap. Cerita ini sebenarnya membawa mesej yg bagus iaitu penyesalan seseorang yg selama ini terburu-buru mengikut hawa nafsu dan perasaan akhirnya kembali ke pangkal jalan namun semuanya telah terlambat.

19 March 2011

Battle of Los Angeles



Masa mula2 download cerita ni, aku ingatkan ini cerita World Invasion: Battle Los Angeles yg keluar kat pawagam tu. Rupa-rupanya bukan. Buat aku konfius pasal dua2 cerita release pada masa sama. Pastu tajuk pulak lebih kurang sama je. Hadoi! Cerita sampah camni pun ada wujud lagi ke kat dunia ni?


Plot dan jalan cerita macam sampah ditambah lagi dgn Computer Generate Image (CGI) yg layak diberi gred B. Nampak sangat macam kartun hasil CGI diorang ni. Pengembangan watak pula tampak lemah. Harapkan dua org pompuan tetek besar tu je utk tarik perhatian penonton. Hahahaha... Patutlah aku rasa mengantuk sangat bila tengok cerita ni. Tak percaya cuba tengok sendiri la..

01 October 2009

The Onion

Dah lama aku tak menulis review tentang movie. Kali ni aku ingin membuat ulasan tentang filem The Onion. Yelah, takkan aku nak ulas cerita Harry Potter pulak. Cerita Harry Potter dah banyak ulasan kat majalah hiburan dan surat khabar, lagipun kebanyakan orang dah tengok.



Filem The Onion ni boleh diklasifikasikan sbg sebuah filem kelakar dan lawak bodoh. Apasal la orang putih ni suka buat filem murah macam ni. Cerita dia mengisahkan tentang sebuah rancangan berita yg menyiarkan berita-berita yg boleh dipercayai di Amerika. Berita yg disiarkan adalah seperti lelaki kehilangan stoking walaupun pada masa yg sama ada kebakaran berlaku di rumah berdekatan. Juga disiarkan berita tentang Armed gun yg menyerang sebuah bank utk mendapatkan pekerjaan, bukannya utk merompak. Dan juga ada banyak lagi berita lain yg disiarkan.

Walaupun aku terkilan sebab ada babak yg mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap agama, namun aku rasakan secara keseluruhannya cerita ni agak kelakar jugak la terutamanya babak Melissa Cherry dan Cock puncher.



15 December 2008

Norbit



Kali pertama aku open movie ni, first impression aku ialah movie ni tak best. Waktu tu aku tengok secara fast forward je. Tapi aku copy jugak. Bila aku check review kat internet, banyak yg kata movie ni tak best dan bersikap perkauman. Tapi bila aku tengok sampai habis, rupanya takdelah teruk sangat. Bab perkauman tu tak dpt dinafikan la. Dalam citer ni Eddie Murphy melakonkan tiga watak, Norbit, Mr.Wong dan Rasputia. Tapi bagi aku movie ni mmg kelakar, terutamanya raksasa perempuan bernama Rasputia tu. Dahla badan besar, tetek dia pulak lagi besar dari bola futsal. Babi la sape yg buat movie ni, imaginasi dia melampau-lampau. Kalau korang nak tengok movie komedi yg average, aku rasa movie ni sesuai utk ditonton. Tapi kalau malas nak buang masa atau korang nak tengok komedi yg berkualiti, baik tengok citer lain.

15 July 2008

Hostel

Kalau korang tengah fikir nak beli dvd atau download cerita seram/thriller/horror, aku rekomen cerita Hostel yang diterbitkan pada tahun 2005.



Cerita ni adalah tentang 3 org pemuda yg menjelajah eropah untuk mencari keseronokan dan kepuasan seks di setiap bandar yang mereka pergi. Pada suatu malam mereka telah terkunci di luar hostel mereka. Kemudian mereka bertemu dgn seorang lelaki yang menceritakan tentang sebuah hostel di Slovakia di mana perempuan2 di situ sentiasa sangap seks kerana kaum lelaki di situ hampir pupus akibat mati di medan perang.



Mereka akhirnya terpengaruh dan mengambil keputusan untuk pergi ke Slovakia. Di sana, seorang demi seorang hilang secara misteri. Apabila lelaki yang ketiga cuba untuk mencari rakan-rakannya, maka terbukalah rahsia yang sebenarnya yang amat mengerikan dan menjijikkan.
http://www.emailcashpro.com