01 October 2009

The Onion

Dah lama aku tak menulis review tentang movie. Kali ni aku ingin membuat ulasan tentang filem The Onion. Yelah, takkan aku nak ulas cerita Harry Potter pulak. Cerita Harry Potter dah banyak ulasan kat majalah hiburan dan surat khabar, lagipun kebanyakan orang dah tengok.



Filem The Onion ni boleh diklasifikasikan sbg sebuah filem kelakar dan lawak bodoh. Apasal la orang putih ni suka buat filem murah macam ni. Cerita dia mengisahkan tentang sebuah rancangan berita yg menyiarkan berita-berita yg boleh dipercayai di Amerika. Berita yg disiarkan adalah seperti lelaki kehilangan stoking walaupun pada masa yg sama ada kebakaran berlaku di rumah berdekatan. Juga disiarkan berita tentang Armed gun yg menyerang sebuah bank utk mendapatkan pekerjaan, bukannya utk merompak. Dan juga ada banyak lagi berita lain yg disiarkan.

Walaupun aku terkilan sebab ada babak yg mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap agama, namun aku rasakan secara keseluruhannya cerita ni agak kelakar jugak la terutamanya babak Melissa Cherry dan Cock puncher.



No comments:

Post a Comment