Sebenarnya pada malam sebelum hari pertama Program Assessment Centre (PAC) tu, aku tak dapat tidur semalaman. Bukan sebab takut ke apa, tapi sebab cuaca yg terlalu panas. So, pagi hari pertama tu aku terus bertolak ke INFRA Bangi seawal jam 6.30 pagi dlm keadaan mengantuk. Sampai je kat sana dlm pukul 7 pagi, dah ada ramai calon sedang menunggu utk sesi pendaftaran.
Selepas pendaftaran, kami terus menuju ke Dewan besar bagi sesi ujian kecergasan. Ada beberapa ujian yg perlu dilakukan tetapi yg paling mencabar aku rasa mungkin ujian bangun tubi. Ini kerana tangan tak boleh digerakkan ke atas sebaliknya perlu menyentuh garisan putih di atas lantai. Ini berbeza dgn sesi latihan yg pernah aku lakukan di gym bersama personal trainer aku sebelum ni. Blip test juga agak mencabar kerana perlu melakukan larian ulang alik sebanyak 20 meter dgn setiap level kena ulang sebanyak 10 kali. Aku berjaya buat sampai level ke 4 iaitu pada ulangan ke-6 tak silap aku. Bermakna aku berjaya lari sejauh ( 3 x 10 + 1 x 6 ) x 20m = 720m. Sebenarnya aku boleh buat lebih 1km tapi sebab aku tak tidur semalaman jadi aku rasa sangat letih dan buat setakat yg mampu je. Ada calon yg berjaya buat sampai level 9. Tapi aku tengok badan dia pun dah macam atlit, jadi memang bukan sesuatu yg menghairankan ler.
Selepas makan tengahari, kami pun mengetahui nasib masing2 melalui keputusan yg dikeluarkan. Utk ujian kecergasan ni, calon yg gagal dikehendaki menamatkan sesi PAC dan pulang ke rumah.
Akhirnya aku berjaya lulus dan ke peringkat seterusnya iaitu menjawab essay BM dan English.
Selepas ujian essay, kami meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu aktiviti berkumpulan. Aktiviti yg pertama ialah membina menara setinggi 1m menggunakan bahan2 yg diberikan. Manakala aktiviti yg kedua paling aku tak suka. Aktiviti tersebut bertajuk "So you think you can dance" yg dilakukan secara berkumpulan. Aku bukan setakat tak reti menari, malahan memang tak pernah menari langsung dlm seumur hidup aku. Jadi aku memang antara yg paling pasif sekali dlm aktiviti kedua tersebut.
Pada hari kedua pula adalah pengucapan awam di dlm BM dan BI. Ini pun susah juga la. Kalau tak biasa memang payah nak buat. Nasib baik tajuk pengucapan mereka dah berikan pada hari sebelumnya, jadi bolehlah buat persediaan awal. Selepas itu, aktiviti perbincangan dlm kumpulan. Aktiviti perbincangan pertama dlm BM. Manakala yg kedua dlm BI. Jgn risau sebab utk perbincangan kumpulan ni, anda akan ada peluang utk bercakap. Dlm kumpulan aku tak ada sesiapa yg terlalu ingin menonjolkan diri. Walaupun masing2 bersaing, tetapi kami saling menghormati dan memberi peluang sama rata kpd setiap ahli.
Akhir sekali, aku menulis entry kali ni sbg rujukan utk bakal calon PTD pada masa akan datang. Kalau nak tahu tajuk apa yg diberikan utk essay atau pape je lah, sila tinggalkan komen anda. Tajuk essay pun bukanlah sentiasa sama. Utk sesi lain mungkin tajuk lain. Tapi sekurangnya ada idea juga la camne nak buat nanti. So, lepas ni aku tunggu je la result drpd SPA. Ada 9 ribu lebih calon yg mengikuti sesi PAC kali ni di seluruh negara. Mereka hanya nak ambil beberapa ratus org je. Kalau ada rezeki mudah-mudahan aku terpilih.
Ini sambungan cerita kat atas. Pengalaman aku temuduga PTD 2017
Ramai tak yg x lps fizikal bro?
ReplyDeleterasanya dekat dua puluh orang juga. kalau ujian tekanan darah tak lepas, dia suruh balik terus je
DeleteYeke...bab ujian darah tu tak takut sangat...risau kat beep test tu je...level 2 pn dah pancit....nk kne test rabu ni
DeleteMasa level 1, lari perlahan je dah cukup. Bila naik level, masa semakin pendek jadi kena up sikit tempo larian. Paling penting kena pandai kawal nafas.
Deletehaha penat gila buat bnda tu...berjaya sampai level 6-8 je...mmg tak sangka
Deletetajuk essay camne?public speaking tu tajuk dia slalu dia bg apa ek?semua orang fluent ke speaking?haha
ReplyDeleteTajuk essay BM ada dua tapi kena pilih salah satu. essay BI pun sama kena pilih satu drpd dua. BM saya pilih tajuk keusahawanan di kalangan anak muda. BI tajuk Uber and Grab services in Malaysia. Goreng je janji tak lari drpd tajuk.
DeletePublic speaking tajuk tak sama bagi setiap ahli kumpulan. Itu akan diundi. Saya dapat tajuk Economic depression. Sudah semestinya tak semua orang fluent. Kena pandai susun ayat dan cuba memorize point2 yg nak disampaikan.
DeleteKalau BMI x lepas..blh ke ke ujian fizikal lain?
ReplyDeleteBoleh je teruskan ujian. Cuma masa nak ambil keputusan tu tak berani cakap lulus ke tidak. BMI kena masuk dalam julat yg diberikan. Kalau BMI lari sikit maybe mereka masih boleh terima. Ada faktor yg akan diambil kira contohnya umur dan keadaan fizikal tubuh badan.
DeleteThanks.
Deletesmoga berjaya ajim dlm kerjaya n hidup..
ReplyDeletethx
DeleteHi....ada info tak ttg tarikh keputusan pac?
ReplyDeleteSebarang pemberitahuan akan dihantar melalui sms dan email. Tarikh saya tak tahu. Saya pun masih menunggu lagi ni
DeleteBlh tahu x brapa julat bmi?
ReplyDeleteassalamualaikum, yang terbaru takde larian 2.4km ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum bro. Saya nak tanya, macam mana cara log-in ke dalam sistem peperiksaan psikometrik PTD? Urgent..saya kena ambil peperiksaan psikometrik hari ni..
ReplyDelete