2017 telah tiba, maka dengan ini blog aku telah mencecah usia 10 tahun. Wow satu pencapaian yg menarik, cuma tak ramai pembaca. Apa nak buat, orang ramai lebih suka baca facebook. Lagipun ini kan blog peribadi aku, buat apa nak kecoh kat orang. Kalau ada pun orang yg masuk setakat nak beli PC game jer. Hehehe.. Thank you kpd customer yg telah memberi sokongan kpd perniagaan sampingan jualan PC game aku selama ini. Bukannya untung sangat pun, tapi just suka2 je buat jualan.
Aku cuba recap balik kehidupan aku pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Semenjak aku berhenti kerja pada bulan Februari tahun 2014, banyak peristiwa yg telah berlaku. Aku sekarang dah ada ijazah Sarjana dlm bidang kejuruteraan. Aku pun dah boleh cakap dan faham bahasa Mandarin basic maklumlah aku belajar Mandarin setakat HSK level 3 je. Aku dah ada lesen kompeten dlm bidang pepasangan paip hiliran gas lpg. Walaupun aku boleh buka company kontraktor sendiri, tapi aku tak ada modal. Masa aku mula2 berhenti kerja tiga tahun lepas, duit aku ada lebih kurang RM44,000 dlm tangan aku. Tapi lama kelamaan duit tu dah habis pun. Sekarang ni nak mula kumpul balik duit utk niaga sendiri.
Aku tak pernah regret kenapa aku berhenti kerja dahulu. Walaupun duit RM44k yg aku kumpul masa kerja dulu dah habis aku gunakan. Manakala sebahagian lebih kurang RM12k telah dirembat oleh pengelola emas bedebah. Tetapi aku nak ambil semua peristiwa yg berlaku dari sudut positif. Aku dapat belajar pecah kepala cara mencari duit dan hidup susah. Dulu masa zaman aku kerja 2009-2014 pun memang aku bukan hidup senang, sekadar cukup makan je. Boleh tengok balik kisah aku dlm post2 sebelum ni: Story of Myself. Kereta yg aku pakai sampai sekarang pun ayah aku yg bagi masa mula2 kerja tahun 2009 dulu. Selain itu, disebabkan aku berhenti kerjalah aku boleh luangkan banyak masa utk pergi ke masjid. Jikalau dahulu aku tak buat keputusan utk berhenti kerja, belum tentu aku dapat hafal surah surah panjang dlm Al-Quran. Sekarang ni projek hafazan aku dah masuk surah ke tujuh iaitu Al-Kahfi. Baru je hafal sampai ayat ke 26 iaitu kisah pemuda2 gua. Ada lagi tinggal 84 ayat utk aku habiskan. Huhu. Kerana aku tak bekerja jugalah aku berjaya catch up balik anime One Piece yg aku pernah tinggalkan pada 7 tahun lepas. Wakakaka. Aku pun dah mulakan balik projek aplikasi Android yg telah aku rancang masa 4 tahun lepas. Selain C pogramming, kini aku dah pandai tulis Java programming. Hihihi. Memang bidang komputer ni yg aku minat selain bidang kejuruteraan. Sekian, aku tangguhkan dulu post kali ni. Adios...
No comments:
Post a Comment