01 December 2017

PTD lagi??..

Disebabkan ada pelawat yg bertanya tentang keputusan temuduga PTD yg saya lalui pada April lepas, maka saya ingin membuat sedikit entri ringkas. Lagipun blog saya ni pun tak ada update langsung semenjak 6 bulan lepas, maka saya rasa eloklah saya menaip sesuatu pada malam yg berbahagia ini. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana saya memang dah 6 bulan tak menjenguk ke blog saya ini. Jadinya saya tak dapat membalas komen2 yg diutarakan sebelum ini.

Tidak. Saya tidak berjaya dalam temuduga tersebut. Mungkin tiada rezeki untuk saya dalam temuduga tersebut. Saya rasa saya gagal mungkin disebabkan kerana saya tidak dapat menjawab soalan pertama dgn tepat iaitu soalan berkenaan dgn persiapan sukan SEA KL 2017. Sememangnya saya tak ambil pusing langsung berkenaan sukan ni. 

Bulan lepas iaitu pada 3 November, saya, mengambil semula ujian PTD secara online. Alhamdulillah, saya lulus sekali lagi pada tahun ni. Sekarang tengah tunggu utk panggilan PAC. Cumanya saya masih lagi belum membuat keputusan untuk pergi atau pun tidak ke sesi PAC tersebut. Sekarang ni pun saya dah ada pekerjaan tetap berbeza dgn tahun lepas saya sedang menganggur. Lagipun saya suka dgn pekerjaan sekarang dan saya rasa sudah agak tua untuk menjadi seorang kadet PTD pada usia 30an.

Sekian sahaja nukilan saya kali ini. Ada komen atau cadangan boleh kemukakan di ruangan yg disediakan. 


12 June 2017

Payment from Surveyon


Kali ini aku dapat lagi payment drpd Surveyon. Kali terakhir bulan December tahun lepas. Walaupun dapat 2 USD je, tapi ok la. Kalau convert duit Malaysia pun RM8 lebih juga. Aku buat online survey ni pun sekadar suka suka je. Bukan kena bayar pun. Kalau rajin mungkin boleh dapat lebih banyak duit lagi. Tapi tak apa la. Just for fun je pun. 


13 April 2017

Temuduga PTD 2017 : Apabila soalan temuduga sebelum ni dah terlalu mainstream sangat...

Tadi boss lama aku kat SK call suruh join company dia balik. Adoi, aku dah 9 bulan tak ada kerja tetap, kenapa hari ni baru call? Lagipun aku dah janji dgn company member kpd member aku kat Sban. Aku nak join company dia dlm minggu depan. Cuma aku tak cakap la aku nak masuk PTD ( in case kalau aku dapat, baru aku terus terang kat dia minta berhenti).

Ok itu intro. Haha. Aku punya interview PTD April 2017 pagi tadi takde soalan please introduce yourself tahu tak? Even masa last week aku pegi interview utk jawatan inspection engineer kat SPIE Oil & Gas kat Jalan Raja Chulan tu pun, panel mereka ada ajukan soalan introduce yourself sbg mukadimah temuduga. Sebab tu aku hairan, kenapa pagi tadi interview PTD takde minta introduce yourself. Panel buka resume aku, terus tanya soalan. Dan soalan mereka bukan berkaitan sgt dgn resume. Dan takde satu pun soalan fakta mereka ajukan kpd aku.

02 March 2017

Ini dia senarai hadiah yang saya idamkan pada hari jadi akan datang...

Bulan hadapan pada 3 April adalah hari jadi saya. Saya sediakan entry pada kali ni sebagai pemberitahuan manalah tahu para pembaca boleh mengkabulkan permintaan saya. huhuhu...☺❤ Saya senaraikan beberapa barangan yang saya inginkan pada hari jadi saya seperti di bawah ini...

12 February 2017

Bila Hacksaw Ridge nak tayang kat Malaysia ni?


Semalam aku baru tonton filem ni. Blu-ray rip tau, bukan gambar dlm wayang. Huhu. Ianya sebuah filem tentang perang dunia ke-2 di mana Amerika syarikat cuba menawan kubu tentera jepun di Okinawa. Dalam filem ni tak ada kereta kebal atau pesawat pengebom pun. Tapi scene perang dia sangat best. Kalau korang nak tengok scene letupan dan bom, orang putus kaki, badan berkecai, maka inilah filem yg sesuai. Hehe. Memang ngeri beb! Tapi scene battlefield dia mula selepas sejam tayangan. Sejam awal tu cerita pasal kisah hidup watak lakonan si Garfield tu je.

Watak utama dia adalah seorang tentera medik, tapi yg eklusifnya dia ni tak pernah tembak seorang pun musuh di medan perang sebab dia tak bawa senjata pun kerana dia memang berikrar tak nak pegang senjata! Panjang betul ayat aku tulis ni, haha!

01 February 2017

Kompetensi dalam pekerjaan. Tahukah anda?

Pada kali ini saya ingin menaip sedikit penulisan tentang kerjaya. Tiba2 jadi rajin pulak nak buat penulisan macam ni. Haha. Saya akan huraikan dalam kerangka kerjaya yg saya lalui selama hampir 8 tahun sebelum ini. Pendek kata, ini adalah pengalaman saya sendiri dan apa yg saya utarakan dlm entry kali ini adalah pandangan saya sendiri. Barangkali orang lain ada kisah mereka sendiri jadi itu cerita lain pulak. 

Saya tak pernah kerja dgn government. Saya bekerja dalam bidang swasta. Company pertama yg saya bekerja di situ adalah manufacturer Pressure Vessels, unfired vessels utk storage dsb. Company kedua pula buat gas piping installation tetapi lebih kpd bidang construction. Jadi anda dapat lihat bidang yg saya ceburi ini secara umumnya adalah berkaitan Oil and Gas.

Company pertama tugas saya adalah sbg QA/QC Engineer, namun pada beberapa bulan akhir sebelum saya resign tahun 2011 dulu, saya terlibat dlm kerja design dan DOSH. Kerja dlm bidang kualiti kilang besi macam tu memang tak lari drpd kerja berkaitan welding la. Kat kilang saya dulu ada 5 jenis welding yg digunakan iaitu SMAW, SAW, GTAW , GMAW dan Flux core. Jadinya kerja welding inspection ni memang wajib ler utk ahli QA/QC. Selain drpd visual inspection, ada juga NDT inspection, maka bidang ni sebenarnya agak luas jugak la prospek kerjayanya. 

Sebelum tu, saya kena bahagikan kompetensi ni kpd dua bahagian. Bhg pertama ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan kerajaan. Manakala yg kedua ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan professional atau organisasi antarabangsa.