28 December 2015

10 Momen penting aku sepanjang tahun 2015


Semenjak dah takde kerja tetap ni, aku dapati banyak masa dapat aku gunakan utk melakukan aktiviti lain termasuk aktiviti yg belum pernah aku lakukan sebelum ini. Dulu2 aku kerja 6 hari seminggu. Kadang2 hari Ahad pun overtime sebab nak cepat siapkan projek. Kalau tak kerja hari Ahad, aku akan duduk rumah main game komputer sampai lewat malam. Diringkaskan cerita aku berhenti kerja masa awal tahun lepas (2014). Namun begitu pada tahun lepas aku kurang melakukan aktiviti baru melainkan banyak membuka booth utk menjual insurans dan kad perubatan. Jadi pada tahun ini aku mengambil apa saja peluang yg ada utk mempelbagaikan aktiviti harian aku. Mungkin pada tahun hadapan selepas graduation, aku akan kembali semula ke alam pekerjaan dan mula sibuk kembali. Di bawah ini aku senaraikan beberapa momen penting sepanjang tahun ini:


1. Kena sontot dalam perniagaan/pelaburan emas (Januari 2015)

Ini adalah sontotan teragung. Itu saja mampu aku ungkapkan kat sini.

2. Mula hafal surah2 panjang dlm Al-Quran (Feb 2015)

Boleh baca kat sini serba sedikit yg aku kongsi: http://ajimdisini.blogspot.my/2015/11/tips-untuk-menghafal-surah-di-dalam-al.html#more

3. Mula trading saham Bursa Malaysia buat kali pertama (Apr 2015)

    Aku ada buat post tentang saham ni. Boleh baca melalui link di bawah :
    - http://buatbisnes.blogspot.my/2015/12/bagaimana-ingin-melabur-saham.html
    - http://buatbisnes.blogspot.my/2015/09/kajian-comcorp-sejarah-silam-saham-yg.html
    - http://buatbisnes.blogspot.my/2015/11/kajian-esceram-sejarah-silam-saham-yg.html

4. Mula join Clash of Clans (May 2015)

Pentingnya COC ni aku terpaksa masukkan dlm senarai ni jugak. Pada tahun lepas aku tengok adik aku main game COC ni, aku pun tak faham kenapa dia semacam terlalu addict dgn COC ni. Bila aku dah terjebak barulah tahu ketagihannya. Selama ni setiap kali bangun subuh, perkara paling pertama yg aku akan ingat ialah nak ambil wudhu' utk solat subuh. Sejak ketagih COC ni, bangun tidur je terus login COC utk collect emas dan elixir. Kadang2 sempat lagi aku attack kampung org lain sebelum tunaikan solat subuh. Parah...

5. Hadiri majlis perkahwinan bekas crush lama (Jun 2015)

Boleh baca kat sini: http://ajimdisini.blogspot.my/2015/06/suratan-atau-kebetulan.html

6. Mula buat projek programming Arduino (Oct 2015)

Ini adalah research project aku utk tamatkan Ijazah Sarjana aku kat UM ni. Since benda ni pun belum siap lagi, aku malas nak kupas lebih2 tentang projek aku tu. Tunggu tahun hadapan nanti aku akan buat satu post khas pasal benda tu. huhuhu

7. Belajar main gitar seorang diri (Nov 2015)

- Kat mana aku beli gitar? Jawapannya : Lazada (dapat cashback).
- Bagaimana aku belajar main gitar seorang diri? Jawabnya : Simple. Youtube.

8. Berjaya tamatkan kelas mandarin level 3 (Dec 2015)

Aku belajar bahasa cina ni daripada level 1 iaitu semenjak tahun lepas. Tetapi pada masa tu aku tak boleh bertutur dgn yakin dan sangat limited dlm percakapan mandarin ni. Kini selepas selesai kelas level 3, aku sudah boleh bertutur dlm mandarin yg asas dgn baik dan sudah boleh mengenali dan mengingati karakter bahasa cina (hanzi).

9. Jadi ahli, mengikuti kelas dan berlatih di kelab gimnasium (Dec 2015)

Panjang ceritanya bagaimana aku boleh join benda ni. Tapi diringkaskan cerita aku terpengaruh dgn seorang konsultan sukan ni. Sebenarnya pada hari tersebut, aku dan kawan aku sedang melakukan pemeriksaan paip gas di dlm sebuah shopping mall. Entah macam mana, kami ni terjejakkan kaki ke dlm sebuah gimnasium yg disangkakan pada mulanya adalah sebuah restoran. Konsultan sukan tersebut telah membawa kami tour dlm gym tersebut dan cuba utk close deal dgn kawan aku tu. Tapi dia mengelak dan memberi pelbagai alasan. Dan seterusnya aku pula dipujuk oleh mamat tu utk menyertai sbg ahli kelab tersebut. Walaupun bayaran bulanan yg dikenakan agak mahal juga la, tapi aku cuba berfikiran positif dan berharap penyertaan ini dapat membantu badan aku menjadi lebih sihat. Dah la personal trainer dia aku bayar hampir RM2k utk 20 sesi latihan. Nampak gayanya kena plan utk recover balik modal tersebut melalui keuntungan pasaran saham pada tahun hadapan. huhu..

10. Dapat lesen kompeten sebagai penyelia kejuruteraan gas (Dec 2015)

Akhirnya setelah sebulan aku ditemuduga oleh Suruhanjaya Tenaga, aku mendapat keputusan bahawa aku telah lulus dalam temuduga tersebut. Kini aku dah menjadi seorang kompeten dlm profesion aku ni iaitu pemasangan sistem paip gas hiliran (LPG). Disebabkan aku tidak mempunyai pekerjaan tetap, maka aku ada beberapa perancangan utk bekerja sendiri ataupun barangkali membuka company enterprise sendiri utk menawarkan khidmat professional dlm bidang gas ni.


Ini saja yg dapat aku nukilkan utk artikel di akhir tahun 2015. Bukan tujuan utk berlagak atau membangga diri sendiri, tetapi sebagai inspirasi kepada anda yg membaca blog aku ini. Lagipun inikan blog peribadi aku mestilah akan ada cerita pasal diri sendiri. Akhir kata nasihat drpd aku selagi anda masih hidup dan masih sihat, jangan buang masa dengan menonton televisyen atau pun streaming drama Korea. Pergilah belajar sesuatu yg baru atau melakukan aktiviti yg belum pernah anda cuba selama ini. Aku pun memang menyesal sebab bila nak masuk umur 30 ni barulah nak buat macam2 benda baru. Masa muda2 dulu terlalu sibuk dgn pekerjaan dan juga sibuk main game komputer. Sebab tu mulai tahun hadapan aku nak cuba belajar pelbagai benda lagi dan grab apa saja ilmu dan skills yg aku boleh dapat dan pelajari. Ada satu benda yg aku nak belajar semenjak dua tahun lepas, tapi masih belum berpeluang nak belajar iaitu scuba diving. Benda ni kena ada lesen dan agak mahal juga la training nak dapatkan lesen tersebut. Aku harap akan berjaya melakukannya pada masa akan datang. Cheers!

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com