Tidak. Saya tidak berjaya dalam temuduga tersebut. Mungkin tiada rezeki untuk saya dalam temuduga tersebut. Saya rasa saya gagal mungkin disebabkan kerana saya tidak dapat menjawab soalan pertama dgn tepat iaitu soalan berkenaan dgn persiapan sukan SEA KL 2017. Sememangnya saya tak ambil pusing langsung berkenaan sukan ni.
Bulan lepas iaitu pada 3 November, saya, mengambil semula ujian PTD secara online. Alhamdulillah, saya lulus sekali lagi pada tahun ni. Sekarang tengah tunggu utk panggilan PAC. Cumanya saya masih lagi belum membuat keputusan untuk pergi atau pun tidak ke sesi PAC tersebut. Sekarang ni pun saya dah ada pekerjaan tetap berbeza dgn tahun lepas saya sedang menganggur. Lagipun saya suka dgn pekerjaan sekarang dan saya rasa sudah agak tua untuk menjadi seorang kadet PTD pada usia 30an.
Sekian sahaja nukilan saya kali ini. Ada komen atau cadangan boleh kemukakan di ruangan yg disediakan.
No comments:
Post a Comment