Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

07 March 2011

Kalah lagi...


Malam tadi aku sempat tengok match antara Liverpool dan Man Utd tapi setakat first half je lah. Bukan taknak tengok full match, tapi lepas Nani injured aku rasa memang susah la nak kejar balik dua gol tu. Bila fikir balik, menyesal jugak tengok game Man Utd. Sebab setiap kali aku tengok game Man Utd, kemungkinan akan berakhir dgn kekalahan adalah sangat tinggi.

21 February 2010

Frustrated...

Malam tadi aku tengok game Everton vs Man Utd kat Goodison Park, Liverpool. Tapi aku tak masuk dlm stadium la, aku tengok kat kedai makan je. Buat pengetahuan semua, inilah kali pertama dlm musim ni aku tengok game Man Utd dari awal sampai habis. Biasanya aku tak tengok, kalau tengok pun first half je. Selama ni aku tengok livescore, pastu esoknya aku bukak Youtube utk tengok gol yg dijaringkan.
Aku bukan setakat takde astro, peti tv pun takde. Camne nak tengok game Man utd selalu? Apa yg menyedihkan ialah setiap kali aku tengok full game Man utd, pastu mesti Man utd kalah. Sama la macam malam tadi. Masa first half tu, aku nak balik dah pasal aku dah terasa bad omen yg akan menimpa Man utd. Tapi bila memikirkan aku dah lama tak tengok game Man utd, maka aku stay jugak la kat kedai tu walaupun aku dah abis makan. Lagipun permainan masa first half tu boleh dikatakan best jugak la. Tapi lepas abis game, rasa menyesal pun ada. Kalau aku balik dan sambung main Mafia Wars dah tentu banyak gila bounty aku boleh kaut drpd hitlist. hehehehe....

06 April 2009

Org2 tua yg bergaduh kerana bola



Malam tersebut aku tengok game Man Utd vs Aston Villa kat sebuah warung di kuala. Masa mula2 menjejakkan kaki ke warung tersebut, aku sedikit hairan kerana tidak kelihatan kelibat seorang pakcik yg selalu mengkritik MU. Biarlah aku namakan dia sbg Pakcik A. Pakcik A ni merupakan penyokong Liverpool. Dia selalu betekak dan kutuk mengutuk dgn pakcik2 lain yg menyokong MU.

http://www.emailcashpro.com