Malam tadi aku tengok game Everton vs Man Utd kat Goodison Park, Liverpool. Tapi aku tak masuk dlm stadium la, aku tengok kat kedai makan je. Buat pengetahuan semua, inilah kali pertama dlm musim ni aku tengok game Man Utd dari awal sampai habis. Biasanya aku tak tengok, kalau tengok pun first half je. Selama ni aku tengok livescore, pastu esoknya aku bukak Youtube utk tengok gol yg dijaringkan.
Aku bukan setakat takde astro, peti tv pun takde. Camne nak tengok game Man utd selalu? Apa yg menyedihkan ialah setiap kali aku tengok full game Man utd, pastu mesti Man utd kalah. Sama la macam malam tadi. Masa first half tu, aku nak balik dah pasal aku dah terasa bad omen yg akan menimpa Man utd. Tapi bila memikirkan aku dah lama tak tengok game Man utd, maka aku stay jugak la kat kedai tu walaupun aku dah abis makan. Lagipun permainan masa first half tu boleh dikatakan best jugak la. Tapi lepas abis game, rasa menyesal pun ada. Kalau aku balik dan sambung main Mafia Wars dah tentu banyak gila bounty aku boleh kaut drpd hitlist. hehehehe....
Aku rasa la Man utd tak bernasib baik malam tadi. Wayne Rooney terlepas peluang keemasan masa first half. Aku rasa kalau dia tolak celah kangkang Howard pun dah boleh masuk. Dia pegi dribble pulak. Dah lepas tapi Phil Neville lak pegi kacau Rooney masa dia nak tap in bola tu.
Kesilapan Feguson ialah dia turunkan Berbatov kat kesebelasan utama. Kalau dia teruskan main 4-3-3 aku rasa dah boleh menang tadi. Walaupun menjaringkan gol pembukaan, tapi aku rasa kehadiran Berbatov sebenarnya macam pengacau yg melambatkan rentak permainan United. Sebab tu masa second half, Berbatov keluar dan digantikan oleh Scholes. United bermain semula dgn Rooney sbg lone striker sambil Obertan dan Valencia berkhidmat di bhg sayap. Tapi aku juga turut merasakan yg Ferguson sepatutnya keluarkan Rooney masa second half tadi, bukannya Berbatov. Rooney mmg tak boleh main kalau lawan kelab lama dia. Itu cuma pandangan peribadi aku je la. Aku rasa harapan Man Utd utk kekalkan kejuaraan liga dah semakin tipis je ni. Only time will tell.
Sekian saja analisis ringkas drpd aku.
org yang pengaruh aku maen mafia..name die ajim..hahaha
ReplyDelete