Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

06 November 2015

Tips untuk menghafal surah di dalam Al-Quran


Sebagai seorang muslim adalah menjadi kewajipan kita untuk belajar Al-Quran dan memahami isi kandungannya. Sebenarnya menghafal Al-Quran bukanlah mudah, tetapi juga bukan mustahil untuk dilakukan. Pendek kata, semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Kalau kita ada masa boleh diluangkan untuk makan, ada masa untuk tengok tv cerita Mr.Perfect dan ada masa utk bermain futsal. Jadi, kenapa kita tak boleh luangkan masa untuk membaca Al-Quran?

Melakukan hafalan Al-Quran ada caranya. Setiap orang berbeza kaedah untuk menghafaz surah2 Al-Quran

Surah panjang pertama yg saya berjaya hafal adalah surah Yasin yg saya habiskan dlm masa 28 hari. Skg ni saya dah hafal enam surah tapi saya tak nak sebutkan kat sini apa surah tersebut. Ini membuktikan org yg sibuk pun boleh menghafal kalau mereka mahu. Berdasarkan pengalaman sendiri, berikut saya senaraikan beberapa langkah yg saya lakukan sepanjang menghafal surah2 dlm Al-Quran: 

28 February 2009

Telefon bimbit dan kecemasan



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ).


2) KERETA TERKUNCI

17 November 2008

Doa : Khusus Elak Dirogol & dicabul.

Baru2 ni aku dapat e-mel tentang doa utk elak diri drpd dirogol.Doa ini sesuai diamalkan utk kaum perempuan tetapi org lelaki pun boleh amalkan. Manalah tahu, kan? Malang bukannya berbau.

DALAM sebutan rumi :
BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
http://www.emailcashpro.com