06 November 2015

Tips untuk menghafal surah di dalam Al-Quran


Sebagai seorang muslim adalah menjadi kewajipan kita untuk belajar Al-Quran dan memahami isi kandungannya. Sebenarnya menghafal Al-Quran bukanlah mudah, tetapi juga bukan mustahil untuk dilakukan. Pendek kata, semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Kalau kita ada masa boleh diluangkan untuk makan, ada masa untuk tengok tv cerita Mr.Perfect dan ada masa utk bermain futsal. Jadi, kenapa kita tak boleh luangkan masa untuk membaca Al-Quran?

Melakukan hafalan Al-Quran ada caranya. Setiap orang berbeza kaedah untuk menghafaz surah2 Al-Quran

Surah panjang pertama yg saya berjaya hafal adalah surah Yasin yg saya habiskan dlm masa 28 hari. Skg ni saya dah hafal enam surah tapi saya tak nak sebutkan kat sini apa surah tersebut. Ini membuktikan org yg sibuk pun boleh menghafal kalau mereka mahu. Berdasarkan pengalaman sendiri, berikut saya senaraikan beberapa langkah yg saya lakukan sepanjang menghafal surah2 dlm Al-Quran: 

1. Kena betulkan niat.

2. Mohon doa dan bantuan daripada Yang Maha Pemurah.

3. Menghafal dengan memahami makna setiap ayat. 

4. Menghafal dengan santai dan tidak terlalu laju.

5. Pilih waktu yang sesuai untuk menghafal.

6. Membaca surah yang dihafal ketika dalam solat.

7. Selalu mengulang baca hafazan ketika ada ruang kosong seperti ketika menunggu masuk waktu solat, atau ketika memandu kenderaan.

8. Mendengar bacaan daripada hafiz atau qari terkenal di laman Youtube. Sambil dengar sambil ikut serta membaca bacaan tersebut.

Bagi saya tips paling berkesan ialah pada nombor 3 iaitu memahami makna setiap ayat yg dihafal. Saya sendiri menghafal ayat dan menghafal terjemahan ayat tersebut. Walaupun agak berat sikit bila kena hafal makna, tapi ianya sangat membantu. Tambahan lagi jika anda ada asas Bahasa Arab. Saya pernah belajar Bahasa Arab semasa zaman sekolah dahulu. Walaupun terlalu lama dan dah lupa banyak, namun bila saya menghafal secara automatik saya dapat recall kembali segala yg saya belajar suatu ketika dahulu. Bila anda mengetahui makna ayat, ianya menjadi mudah utk anda menghafal susunan ayat di dlm setiap surah dan dapat mengelakkan anda drpd tersilap atau tertinggal atau terlangkau ayat lain. Apa pun, saya harap para pembaca dapat mengambil iktibar drpd artikel saya ini. Cubalah hafal walaupun sekadar surah Yasin. Kalau hafal satu ayat sehari, dlm tempoh dua bulan dah boleh habis. Yasin adalah jantung Al-Quran, dan Rasulullah saw pernah berkata bahawa kalau boleh baginda ingin surah Yasin ini berada di dlm dada setiap umat baginda.

Wallahu'alam..


Tips untuk menghafal surah di dalam Al-Quran

Selalu lupa hafazan surah Al-Quran?

Cara mudah dan senang untuk hafal surah panjang dalam Al-Quran

Langkah terbaik hafal surah panjang dan pendek dalam Al-Quran

Luangkan masa untuk baca dan hafaz ayat Quran






No comments:

Post a Comment