07 September 2014

Benarkah Palm Mall berhantu?



Kebelakangan ini tersebar cerita tentang sebuah shopping mall di Seremban yg dikatakan berhantu. Bangunan yg dimaksudkan itu ialah Palm Mall yg terletak di Pekan Bkt Kepayang. Aku sebenarnya familiar sangat dgn bangunan ni sebab company yg aku kerja dulu adalah salah satu kontraktor yg membuat pemasangan paip dlm bangunan ni. Entahlah drpd mana cerita hantu ni boleh tersebar dan sejauh manakah kebenarannya? Sehinggakan ada yg tidak sanggup datang ke mall tersebut.

Aku tidak menafikan kewujudan makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Mereka ada di mana2 hatta di dlm bilik kita sekalipun, cuma kita je yg tak nampak akibat terhijabnya pandangan mata kita. Apatah lagi di dlm bangunan seperti Palm Mall yg dahulunya merupakan sebuah bangunan tinggal dan baru beberapa tahun lepas dibeli dan dimajukan semula oleh syarikat lain.

Tahukah anda bahawa semasa pembinaan Palm Mall, di dalam tapak pembinaan ada terletak rumah kongsi pekerja asing? Adakah pekerja2 asing ini tidak takut kepada hantu yg dikatakan mendiami bangunan tersebut? Pekerja2 aku selalu je membuat kerja lebih masa sehingga malam, tetapi selama ini belum pernah diganggu. Aku juga pernah masuk ke dlm bangunan tersebut pada pukul 12.00 malam bersama Datuk dan wakil kontraktor lain utk pemeriksaan dan setakat yg aku tahu belum pernah ada sesiapa diganggu. Malahan Datuk sendiri selalu melakukan rondaan bersendirian pada waktu malam utk melihat progress kerja pembinaan tersebut. Secara jujur aku lebih takutkan anjing2 yg dijaga pasukan RELA kerana mereka mengganas pada waktu malam.  

Kita kena percaya bahawa benda superstitious seperti ini memang wujud. Tetapi kita tidak boleh berasa takut kpd mereka kerana mereka juga makhluk seperti kita. Mengikut bacaan dialog dgn jin Islam yg pernah aku baca dulu, bahawa makhluk ghaib seperti jin ini bukan semuanya mampu menzahirkan diri mereka utk dilihat oleh manusia. Ini kerana mereka memerlukan ilmu dan banyak tenaga (skill mungkin) utk membolehkan mereka dilihat secara zahir oleh mata manusia. Sebab tu ada orang bila nak berkomunikasi dgn jin, dia memerlukan perantaraan iaitu jin tadi merasuki manusia lain barulah dia boleh bercakap dgn jin tersebut.

Aku percaya kadangkala kondisi semasa manusia itu sendiri yg membantu makhluk ghaib ini utk melepasi tembok ghaib yg ditetapkan (hijab). Contohnya jika sesorang manusia itu berasa terlalu takut, secara tak langsung makhluk ghaib tadi dapat mengesan energy negatif yg terhasil akibat rasa takut itu dan mengambil kesempatan utk memjelmakan diri mereka. Namun ada juga peristiwa berlaku di mana seseorang manusia itu ternampak makhluk ghaib secara tidak sengaja. Mungkin ini adalah 'rezeki' dia yg Allah bagi. Percayalah bahawa kita hidup di dunia ni bukanlah bersendirian. Ada kala kita rasa bulu roma meremang secara tiba2, mungkin itulah tanda kehadiran makhluk tersebut di sekeliling kita. Cuma kita je yg tak dapat nak tengok mereka. Bukan takde hantu kat tapak pembinaan. Kawan aku dulu pernah terserempak dgn pontianak kat dalam bangunan pukul 1.00 pagi semasa pembinaan Sandakan Harbor Square. Hahahahaha....


3 comments:

http://www.emailcashpro.com