Showing posts with label Story of myself. Show all posts
Showing posts with label Story of myself. Show all posts

26 October 2021

Jom melabur dengan aplikasi Raiz


app.raiz.com.my/invite/Z7WDP6


Bagi anda yg belum tahu, Raiz ni merupakan salah satu aplikasi robo advisor yang berdaftar dgn Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain dari Raiz ni, aku turut menggunakan aplikasi lain seperti Wahed Invest. Cumanya kali ni aku nak kisahkan sedikit tentang pengalaman aku menggunakan aplikasi Raiz ni. Lama dah aku pakai aplikasi Raiz ni, sejak bulan Julai tahun lepas lagi. Aku masukkan RM200 setiap bulan ke dlm akaun Raiz ni dan sekarang aku dah ada lebih kurang RM3,000.


Selain drpd aku masukkan duit secara automatik setiap bulan (recurring investment), aku turut menggunakan fungsi round-up, iaitu setiap kali aku menggunakan debit card Maybank utk membeli barang dsb., duit aku turut akan ditolak utk dimasukkan ke dlm akaun Raiz ni. Sbg contoh sekiranya aku berbelanja sebanyak RM5.40 di suatu kedai, RM0.60 akan ditolak dari akaun bank aku utk dimasukkan ke dlm akaun Raiz aku. Ini membantu aku utk terus melakukan pelaburan secara konsisten.


Dalam Raiz ni, ada 4 portfolio pelaburan, iaitu Passive, Moderate, Aggressive dan yg terbaru adalah portfolio global yg anda boleh ubahsuai mengikut kehendak anda sendiri. Aku pun baru je beralih ke portfolio baru ni drpd portfolio aggressive. Tiga portfolio yg pertama tu adalah pelaburan di dlm dana Amanah Saham Nasional.


Di bawah ni pula adalah projection nilai duit yg anda akan miliki pada masa akan hadapan, bergantung kpd jumlah yg anda masukkan dan dana yg dipilih.


Semoga anda semua dapat memahami perkongsian saya ini. Jika anda berminat utk menyertai, jangan lupa utk semak di sini 












24 May 2021

Sekadar Coretan


Hi. Assalamualaikum.

Lama sudah blog ni terbiar. Rasanya dah lebih 3 tahun. Tapi ada beberapa posting lama yg masih ada pengunjung. Sebab Google hantar report setiap bulan post view utk blog ni. Dan sehingga ke hari ni, ada juga orang yg masih call dan wassap tentang PC game yg aku jual. Actually, aku dah tak jual PC game lagi dah. Sebab PC aku dah takde grafik kad dan aku pun dah lama main Playstation 4. So, aku just main PES 2021 je la. 

Bagaimana kehidupan aku sekarang ni? Tak nak cerita pasal COVID la. Itu semua sedang kita hadapi sekarang. Aku masih bekerja dengan syarikat kontraktor gas. Tahun ni dah masuk tahun ke-5 aku kerja kat situ. Setiap hari berulang dari Kajang ke ofis aku di Seremban. Bukan tak nak cari kerja lain, tapi aku rasa di sini yg terbaik buat masa ni. Kekadang rasa bosan dan letih, tapi aku ikutkan saja flow kehidupan aku. Dulu pun dah pernah apply keje gomen nak masuk PTD, tapi kantoi dua kali di peringkat terakhir dua tahun berturut-turut. 

Sebenarnya selain PKP dan COVID, ada banyak peristiwa penting yg berlaku kpd aku pada tahun lepas. Pertamanya aku berjaya menjual sebidang  tanah di Cyberjaya berharga RM 1.35 juta iaitu sebulan sebelum PKP 1. Ini adalah property pertama yg aku berjaya jual sbg part timer dlm bidang property. Kedua ialah aku telah meluahkan perasaan kpd seorang gadis yg aku suka. Umur dia 6 tahun lebih muda drpd aku dan masih single. Tapi dia tak accept atau reject aku pun, dia minta berikan masa utk decide sebab tak nak terburu-buru. 

Walaubagaimanapun itu semua telah berlalu. Aku pernah keluar beberapa kali dgn dia, sekali sekala mesej, tapi aku rasa akhirnya dia yg menjauhkan diri drpd aku. Aku membuat coretan ini pun sebab sebenarnya aku masih sukar menerima apa yg berlaku. Aku tahu jodoh dan pertemuan itu kuasa tuhan, tapi apakan daya aku ini insan yg lemah. Sejujurnya aku agak hilang arah pada masa tu, dan semasa ini pun aku masih cuba utk menerima kenyataan. Sukar utk aku jelaskan di sini tapi barangkali siapa yg pernah merasai pasti akan faham. 

Adakah sebab jarak umur yg agak jauh? Adakah sebab aku tak pakai kereta mewah? Adakah sebab aku tak banyak harta? Entah la. Aku sedar keadaan diri aku. Pada umur 35 tahun semasa ini, aku masih belum mempunyai kehidupan yg stabil, rumah dah kereta pun aku belum beli (Aku pakai kancil buruk je yg ayah aku berikan masa mula kerja 12 tahun lepas). Duit simpanan semasa tak lebih RM10k walaupun aku dah kerja lenih 4 tahun selepas grad Master's Degree. Sebelum sambung Master, aku pernah kerja selama 5 tahun dan berjaya kumpul lebih RM40k tapi duit tu dah hangus lama dah. 😥 Barangkali mungkin ini dugaan yg perlu aku hadapi dgn tabah. 

Perkara ketiga ialah aku kini kembali menghafal surah Al-Kahfi. Semasa ini aku telah menghafal sehingga ayat ke-95 (Kisah Raja Dzulkarnain yg membina tembok penghadang Ya'juj & Ma'juj). Hanya tinggal 15 ayat shj lagi sebelum aku berjaya menghafal keseluruhan surah berjumlah 110 ayat. Bukan mudah sebenarnya kerana aku mula menghafal surah Al-Kahfi ni semenjak bulan November tahun 2015. Dah hampir 6 tahun dah berlalu, tapi itulah aku ni selalu lalai. Selalu ON/OFF je bab hafazan ni. Cadangnya selepas habis surah Al-Kahfi ni, aku nak hafal kesemua surah di dlm Juz 'Amma. Tapi sebelum tu aku kena hafal balik surah As-Sajadah dan Ad-Dukhan sebab aku ingat ingat lupa je dua surah ni. Insha Allah aku masih mengingati hafazan 4 surah yg lain. 

Walaupun hidup aku tak macam org lain terutamanya kawan2 aku yg aku rasa mungkin lebih bahagia dan tenteram, namun aku percaya setiap orang  ada timeline mereka yg tersendiri. Mungkin masa aku bukan sekarang. Kadang2 aku rasa macam aku tak bernasib baik. Tapi bila aku lihat keadaan org lain yg lebih tidak bernasib baik berbanding aku, itu membuatkan aku rasa bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang ni. Akhirnya aku sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Setiap orang akan mati dan akhirnya tak ramai orang pun akan mengingati selepas kematian kita. Aku tak akan dapat semua apa yg aku nak di dunia ini, tapi aku tidak akan pernah berputus asa dgn rahmat Allah

Sekian 




04 June 2018

Temuduga PTD 2018 (tahun kedua)

Sengaja aku jadualkan posting kali ni supaya publish selepas sebulan kemudian. Posting ni aku taip pada 2 May 2018. Ketika anda semua sedang membaca posting ini, bermakna keputusan temuduga PTD telah pun keluar.

Pada pagi tadi aku telah menghadiri temuduga utk jawatan pegawai PTD di Putrajaya. Ini kali kedua aku menghadiri temuduga utk jawatan ini. Kali pertama ialah pada tahun lepas, obviously aku gagal pada tahun lepas sebab tu aku kena mula balik proses drpd first stage (exam) sampai la 4th stage iaitu temuduga. 

Panel temuduga aku pada kali ini ialah pengerusi SPA sendiri (berpangkat Tan sri) dan lagi seorang lelaki yg aku tak tahu siapa nama dia. Maybe kali ini memang luck aku sebab salah seorang panel yg menemuduga aku ialah orang nombor satu dlm SPA.

01 December 2017

PTD lagi??..

Disebabkan ada pelawat yg bertanya tentang keputusan temuduga PTD yg saya lalui pada April lepas, maka saya ingin membuat sedikit entri ringkas. Lagipun blog saya ni pun tak ada update langsung semenjak 6 bulan lepas, maka saya rasa eloklah saya menaip sesuatu pada malam yg berbahagia ini. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana saya memang dah 6 bulan tak menjenguk ke blog saya ini. Jadinya saya tak dapat membalas komen2 yg diutarakan sebelum ini.

Tidak. Saya tidak berjaya dalam temuduga tersebut. Mungkin tiada rezeki untuk saya dalam temuduga tersebut. Saya rasa saya gagal mungkin disebabkan kerana saya tidak dapat menjawab soalan pertama dgn tepat iaitu soalan berkenaan dgn persiapan sukan SEA KL 2017. Sememangnya saya tak ambil pusing langsung berkenaan sukan ni. 

Bulan lepas iaitu pada 3 November, saya, mengambil semula ujian PTD secara online. Alhamdulillah, saya lulus sekali lagi pada tahun ni. Sekarang tengah tunggu utk panggilan PAC. Cumanya saya masih lagi belum membuat keputusan untuk pergi atau pun tidak ke sesi PAC tersebut. Sekarang ni pun saya dah ada pekerjaan tetap berbeza dgn tahun lepas saya sedang menganggur. Lagipun saya suka dgn pekerjaan sekarang dan saya rasa sudah agak tua untuk menjadi seorang kadet PTD pada usia 30an.

Sekian sahaja nukilan saya kali ini. Ada komen atau cadangan boleh kemukakan di ruangan yg disediakan. 


13 April 2017

Temuduga PTD 2017 : Apabila soalan temuduga sebelum ni dah terlalu mainstream sangat...

Tadi boss lama aku kat SK call suruh join company dia balik. Adoi, aku dah 9 bulan tak ada kerja tetap, kenapa hari ni baru call? Lagipun aku dah janji dgn company member kpd member aku kat Sban. Aku nak join company dia dlm minggu depan. Cuma aku tak cakap la aku nak masuk PTD ( in case kalau aku dapat, baru aku terus terang kat dia minta berhenti).

Ok itu intro. Haha. Aku punya interview PTD April 2017 pagi tadi takde soalan please introduce yourself tahu tak? Even masa last week aku pegi interview utk jawatan inspection engineer kat SPIE Oil & Gas kat Jalan Raja Chulan tu pun, panel mereka ada ajukan soalan introduce yourself sbg mukadimah temuduga. Sebab tu aku hairan, kenapa pagi tadi interview PTD takde minta introduce yourself. Panel buka resume aku, terus tanya soalan. Dan soalan mereka bukan berkaitan sgt dgn resume. Dan takde satu pun soalan fakta mereka ajukan kpd aku.

01 February 2017

Kompetensi dalam pekerjaan. Tahukah anda?

Pada kali ini saya ingin menaip sedikit penulisan tentang kerjaya. Tiba2 jadi rajin pulak nak buat penulisan macam ni. Haha. Saya akan huraikan dalam kerangka kerjaya yg saya lalui selama hampir 8 tahun sebelum ini. Pendek kata, ini adalah pengalaman saya sendiri dan apa yg saya utarakan dlm entry kali ini adalah pandangan saya sendiri. Barangkali orang lain ada kisah mereka sendiri jadi itu cerita lain pulak. 

Saya tak pernah kerja dgn government. Saya bekerja dalam bidang swasta. Company pertama yg saya bekerja di situ adalah manufacturer Pressure Vessels, unfired vessels utk storage dsb. Company kedua pula buat gas piping installation tetapi lebih kpd bidang construction. Jadi anda dapat lihat bidang yg saya ceburi ini secara umumnya adalah berkaitan Oil and Gas.

Company pertama tugas saya adalah sbg QA/QC Engineer, namun pada beberapa bulan akhir sebelum saya resign tahun 2011 dulu, saya terlibat dlm kerja design dan DOSH. Kerja dlm bidang kualiti kilang besi macam tu memang tak lari drpd kerja berkaitan welding la. Kat kilang saya dulu ada 5 jenis welding yg digunakan iaitu SMAW, SAW, GTAW , GMAW dan Flux core. Jadinya kerja welding inspection ni memang wajib ler utk ahli QA/QC. Selain drpd visual inspection, ada juga NDT inspection, maka bidang ni sebenarnya agak luas jugak la prospek kerjayanya. 

Sebelum tu, saya kena bahagikan kompetensi ni kpd dua bahagian. Bhg pertama ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan kerajaan. Manakala yg kedua ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan professional atau organisasi antarabangsa.

12 January 2017

Pengalaman PAC Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - Januari 2017

Aku baru je habis sesi ujian pemilihan PTD sebentar tadi. Hari kedua ni setengah hari je. Balik rumah kena jawab exam psikometrik pula secara online. Tengah jawab exam tadi aku tertidur pulak, penat giler rasa hari ni. Soalan senang je tapi ada 382 soalan nak kena jawab. Haha..

Sebenarnya pada malam sebelum hari pertama Program Assessment Centre (PAC) tu, aku tak dapat tidur semalaman. Bukan sebab takut ke apa, tapi sebab cuaca yg terlalu panas. So, pagi hari pertama tu aku terus bertolak ke INFRA Bangi seawal jam 6.30 pagi dlm keadaan mengantuk. Sampai je kat sana dlm pukul 7 pagi, dah ada ramai calon sedang menunggu utk sesi pendaftaran.

01 January 2017

Welcome 2017



2017 telah tiba, maka dengan ini blog aku telah mencecah usia 10 tahun. Wow satu pencapaian yg menarik, cuma tak ramai pembaca. Apa nak buat, orang ramai lebih suka baca facebook. Lagipun ini kan blog peribadi aku, buat apa nak kecoh kat orang. Kalau ada pun orang yg masuk setakat nak beli PC game jer. Hehehe.. Thank you kpd customer yg telah memberi sokongan kpd perniagaan sampingan jualan PC game aku selama ini. Bukannya untung sangat pun, tapi just suka2 je buat jualan.

17 November 2016

Misteri Jam 12



Aku mula2 mendengar rancangan Misteri Jam 12 ini pada awal tahun 2014 melalui saluran Youtube. Ianya disiarkan melalui stesen radio Singapura iaitu Ria 89.6. Pada ketika aku mula mendengar rancangan radio Misteri Jam 12 ni, aku teringat tentang satu rancangan radio seram seumpama ini yg pernah aku dengar di radio THR pada tahun 2004 dahulu. Masa tu zaman aku kat kolej matrikulasi. Lebih kurang sama temanya. Cuma berlainan format.

Aku suka dgn cara DJ radio yg menyampaikan rancangan Misteri Jam 12 ni. Memang terbaik ditambah dgn sound effect yg menyeramkan. Waktu mula2 dulu aku selalu dengar rancangan ni sebelum tidur menggunakan tablet aku. Kadang2 baru masuk setengah jalan je aku dah tertidur. Ada sekali tu, aku tertidur masa dengar misteri jam 12 ni. Tiba2 aku terdengar ada suara mengilai kat telinga aku masa tengah tidur tu. Terus aku terjaga dan terus membuka lampu bilik. Siyol rupanya bunyi mengilai tu adalah sound effect yg datang drpd rancangan tersebut. Haram... sumpah seram, macam real je. Huhuhu... Terus aku berjaga sampai subuh pada hari tersebut. Hihihihi...






21 April 2016

My project dah siap. Now it is time for graduation..

Dah lama tak tulis kat blog aku ni. Sebenarnya aku agak busy sejak beberapa bulan yg lepas. Walau pun banyak dugaan yg berlaku pada bulan lepas, namun ada satu perkara positif yg berlaku iaitu aku berjaya menyiapkan research project utk Master's Degree aku.

Ini adalah video utk projek tersebut. Electronic gear changing mechanism utk rear derailleur basikal. Sekarang ni aku tinggal nak tulis report je. Harap2 boleh graduate dlm bulan depan.


Dalam video kat atas tu tak nampak aku tekan button. Servo motor tu digerakkan menggunakan Arduino Microcontroller.

01 January 2016

Welcome 2016


Setiap kali tahun baru pun aku ulang pakai gambar yg sama. haha..

Tahun ini aku dah masuk umur 30. Hmm.. dah tua seperti rumah kata pergi, kubur kata mari. huhuhu..

Aku dah tarik balik kebanyakan post aku yg lepas2 yg ada benda2 tak senonoh tu. Dah kena warning dengan pihak google adsense, sebab tu lah. haha. Lagipun semua post tu dah lama semenjak masa aku buat blog ni tahun 2007 dulu. Eh, dah 9 tahun rupanya usia blog aku ni? Wah, tak sangka betul aku masih menulis blog di saat kengkawan aku semuanya dah tinggalkan blog mereka menjadi usang. Ada yg siap lupa password lagi tu.. hehe

Tahun ini aku akan tamat pengajian Master's Degree aku. Belum ada planning nak masuk kerja balik. Andai kata aku rasa nak kahwin tahun depan, mungkin aku kena kerja makan gaji balik utk short term solution bagi mencukupkan duit. 

Kalau tidak, aku teruskan buat apa yg aku buat sekarang. Aku boleh survive selama dua tahun tanpa gaji tetap, kenapa perlu risau sangat, Kan?? Bukan bos yg bagi aku rezeki, hihihi..

Apa pun aku doakan korang semua berjaya dgn apa kerja yg korang lakukan. All the Best! Looking forward to 2016...


28 December 2015

10 Momen penting aku sepanjang tahun 2015


Semenjak dah takde kerja tetap ni, aku dapati banyak masa dapat aku gunakan utk melakukan aktiviti lain termasuk aktiviti yg belum pernah aku lakukan sebelum ini. Dulu2 aku kerja 6 hari seminggu. Kadang2 hari Ahad pun overtime sebab nak cepat siapkan projek. Kalau tak kerja hari Ahad, aku akan duduk rumah main game komputer sampai lewat malam. Diringkaskan cerita aku berhenti kerja masa awal tahun lepas (2014). Namun begitu pada tahun lepas aku kurang melakukan aktiviti baru melainkan banyak membuka booth utk menjual insurans dan kad perubatan. Jadi pada tahun ini aku mengambil apa saja peluang yg ada utk mempelbagaikan aktiviti harian aku. Mungkin pada tahun hadapan selepas graduation, aku akan kembali semula ke alam pekerjaan dan mula sibuk kembali. Di bawah ini aku senaraikan beberapa momen penting sepanjang tahun ini:

06 November 2015

Tips untuk menghafal surah di dalam Al-Quran


Sebagai seorang muslim adalah menjadi kewajipan kita untuk belajar Al-Quran dan memahami isi kandungannya. Sebenarnya menghafal Al-Quran bukanlah mudah, tetapi juga bukan mustahil untuk dilakukan. Pendek kata, semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Kalau kita ada masa boleh diluangkan untuk makan, ada masa untuk tengok tv cerita Mr.Perfect dan ada masa utk bermain futsal. Jadi, kenapa kita tak boleh luangkan masa untuk membaca Al-Quran?

Melakukan hafalan Al-Quran ada caranya. Setiap orang berbeza kaedah untuk menghafaz surah2 Al-Quran

Surah panjang pertama yg saya berjaya hafal adalah surah Yasin yg saya habiskan dlm masa 28 hari. Skg ni saya dah hafal enam surah tapi saya tak nak sebutkan kat sini apa surah tersebut. Ini membuktikan org yg sibuk pun boleh menghafal kalau mereka mahu. Berdasarkan pengalaman sendiri, berikut saya senaraikan beberapa langkah yg saya lakukan sepanjang menghafal surah2 dlm Al-Quran: 

09 June 2015

Suratan atau kebetulan?


Aku baru sahaja pulang dari pantai timur. Ya, sejak hari Jumaat lepas sampailah semalam aku berada di pantai timur. Hari sabtu lepas adik aku kahwin di Kota Bharu, Kelantan. Inilah kali kedua aku sampai ke Kota Bharu semenjak kali pertama pada Oktober 1998 iaitu lebih kurang 17 tahun yg lalu. Pada pagi Ahad kami sekeluarga bertolak ke Kuala Terengganu dan bermalam di sana. Kemudian, pada pagi Isnin barulah bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

                                          
                                         Pantai Cahaya Bulan di waktu matahari terbit

Sebenarnya pada hari Sabtu lepas, aku bukan sahaja menghadiri kenduri kahwin adik perempuan aku. Aku juga sempat menghadiri kenduri kawan lama aku di Kota Bharu juga. Dia yg jemput aku datang. Sebenarnya rasa berat hati juga nak datang kenduri dia. Seolah-olah mendengar lagu nyanyian Judika - Setengah mati merindu. Huhuhu.. Kalau nak tahu kenapa, bacalah post aku dua tahun lepas: Terus terang  dan Di bawah pohon itu aku dan dia dan Ajaibnya Doa - Part 5.

14 February 2015

Review buku Mudahnya menjemput rezeki


Mungkin saya ni agak ketinggalan keretapi. Buku Mudahnya menjemput rezeki ni dah keluar lebih drpd dua tahun lalu, tapi baru hari ni saya baca dan habiskan baca dalam tempoh dua malam je. Sebenarnya saya ni tak gemar membeli buku. Membaca itu memang hobi saya semenjak kecil. Tapi saya lebih suka kepada membaca bahan2 kat internet dan juga membaca surat khabar.

Cuma sejak saya menyambung belajar Master's Degree ni, saya mula terbuka hati utk masuk ke kedai buku dan membeli buku secara fizikal. Sebelum ni saya download e-book kat internet je. Bagi saya buku Mudahnya menjemput rezeki ni sangat bagus. Isinya disampaikan dgn cara yg jelas dan santai. Ianya dapat difahami dgn mudah oleh para pembaca. 

Saya suka idea penulis bahawa rezeki ni boleh 'dijemput' dan ianya lebih mudah dijemput berbanding sekiranya kita mencari. Ada banyak teknik2 yg diterangkan bagaimana anda boleh menjemput rezeki. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca sendiri buku ini samada beli sendiri atau pinjam dari kawan. Tetapi dlm entri kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri dlm 'menjemput rezeki' kira2 dua tahun yg lalu. Teknik ini adalah menjemput rezeki dgn cara bersedekah. Berikut pengalaman saya...

01 January 2015

Welcome 2015

Selamat tahun baru 2015!


Sebenarnya aku tengah busy sekarang ni disebabkan minggu peperiksaan telah bermula. Bagi yg belum tahu, aku sekarang sedang mengambil Master's Degree dlm bidang Kejuruteraan Mekanikal. Coursework je. Sekarang ni berada di hujung semester pertama. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, aku dapat tamatkan pengajian aku pada Januari 2016 nanti iaitu pada penghujung semester ke-3. Kemudian tak pasti nak sambung PhD atau tak. Aku rasa apa salahnya kalau aku teruskan belajar, akhirnya boleh dapat gelaran Doktor.

Seperti yg korang tahu blog aku ni dah lama iaitu sejak tahun 2007 lagi. Post aku yg masa mula2 dulu memang banyak yg agak lucah sedikit tapi biasalah masa tu aku budak2 lagi. Skg ni dah kurang sikit la. hahaha. Aku pun tak bercadang nak hapuskan post yg lama2 tu sebab kebanyakan pelawat blog aku datang drpd sana. Jadi kita boleh lihat mentaliti org melayu kita ni. Betul kan? Memang itulah tujuan asal aku buat post melucah masa mula2 dulu. Nak drive trafik masuk blog aku. Lama-kelamaan aku tukar dan masukkan pula post yg berguna dan berunsur nasihat supaya korang akan berasa insaf seperti aku.

13 November 2014

Oohh.. my korean baby!!


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku telah dilanda kegilaan K-pop. Walaupun pada asalnya aku tak berapa suka dgn budaya K-pop ni, tapi akhirnya aku terjebak juga. Jujur aku katakan yg gegurl korean ni memang cute dan terlalu seksi menjolok mata sampai meleleh air mata, air liur dan bla bla bla apabila melihatnya. huhuhu.. Itulah agaknya kenapa aku terlalu mudah utk ditewaskan. Read more....




07 September 2014

Benarkah Palm Mall berhantu?



Kebelakangan ini tersebar cerita tentang sebuah shopping mall di Seremban yg dikatakan berhantu. Bangunan yg dimaksudkan itu ialah Palm Mall yg terletak di Pekan Bkt Kepayang. Aku sebenarnya familiar sangat dgn bangunan ni sebab company yg aku kerja dulu adalah salah satu kontraktor yg membuat pemasangan paip dlm bangunan ni. Entahlah drpd mana cerita hantu ni boleh tersebar dan sejauh manakah kebenarannya? Sehinggakan ada yg tidak sanggup datang ke mall tersebut.

Aku tidak menafikan kewujudan makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Mereka ada di mana2 hatta di dlm bilik kita sekalipun, cuma kita je yg tak nampak akibat terhijabnya pandangan mata kita. Apatah lagi di dlm bangunan seperti Palm Mall yg dahulunya merupakan sebuah bangunan tinggal dan baru beberapa tahun lepas dibeli dan dimajukan semula oleh syarikat lain.

17 May 2014

Pengalaman aku masuk hospital

Inilah gambar aku masa masuk hospital akibat demam denggi hujung tahun lepas. Aku ditanggung oleh insurans Prudential. Aku masuk sini 20hb Disember dan discaj pada petang 25hb Disember 2013. Bil berjumlah RM2800.00 ditanggung oleh pihak insurer. Aku bayar RM8 je utk kos pentadbiran hospital.

Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong
Bilik harga RM190.00 Single room
Elaun hospital RM100.00 per day



Bilik ada air-cond. Tapi aku rasa sejuk sangat jadi aku maintain kat controller suhu 25 degree Celcius



10 May 2014

Ajaibnya Doa - Part 5

Ini adalah sambungan drpd Part 4.

Tahun lepas aku pernah tulis kat sini pasal aku jatuh hati pada seorang gadis kat ofis aku. Boleh baca kat sini dan sini. Sebenarnya lepas peristiwa aku tanya dia dah ada boyfriend tu, hubungan dia dgn aku macam biasa. Ramah mesra tu masih ada. Aku pun masih menaruh harapan lagi masa tu. Terfikir juga nak sailang dia drpd balak dia. Tapi atas nasihat seorang kawan baik aku, aku pun beristighfar dan tidak terlalu mengikut hawa nafsu.

Pagi sebelum aku tanya dia pasal boyfriend tu, aku bangun buat solat hajat sebelum masuk waktu subuh. Tujuan aku buat solat hajat adalah meminta agar diberi kekuatan utk bertanya soalan tersebut kpd gadis itu. Hahaha. Pelik kan cara aku? Aku ni sudah la pemalu dgn perempuan, mesti la aku rasa macam tak yakin je. Jadi aku minta pertolongan Allah agar diberi kekuatan, selebihnya terserah kpd takdir.

Banyak kali aku mimpi pasal dia. Aku pernah mimpi bawa dia pergi jalan2 kat pasar malam di Gelang Patah. Punyalah jauh pasar malam sampai kat pekan sempadan Singapore sana. Lepas tu mimpi yg censored2 tak payah la aku cerita kat sini. Mungkin syaitan nak hasut aku kot. Banyak kali juga aku doa dalam sujud semoga Allah jodohkan aku dgn dia. Lepas solat aku selalu doa semoga Allah satukan hati aku dan dia, aku nak dia jadi pasangan aku di syurga kelak.
http://www.emailcashpro.com