Dahulu aku pernah fikir nak berniaga dan tak nak kerja makan gaji. Boleh baca kat post aku sini. Masa aku kerja kat Rawang dulu, ada budak seorang yg kerja QC macam aku juga. Tapi dia ada buat part time jual kereta. Dia kerja mengular setiap hari jarang nampak muka dia kat kilang. Bila bos tanya dia kata pegi ofis JKKP kat Subang, tapi sebenarnya dia pergi jual kereta atau pegi bengkel tengok kereta customer kalau ada apa2 hal. Bos tanya kenapa dia buat part time jual kereta. Dia cakap gaji dia sikit sebab tu la dia buat camtu.
Beberapa bulan kemudian dia buat bisnes lain pulak. Kali ni dia jual hartanah pula. Dia cakap jual hartanah ni lebih mudah drpd jual kereta pasal tak payah turun bengkel selalu. Sebenarnya dia pernah ajak aku temankan dia masa nak pergi kursus jadi ejen hartanah dulu. Tapi aku menolak kerana aku saja nak tengok dia boleh berjaya tak. Lepas tiga bulan, dia berhenti kerja pasal dia dapat offer dari tempat lain. Lagipun dia dah untung pasal dapat komisen lepas jual sebiji banglo harga RM300k.
Masa tu aku pun terfikir juga nak jadi macam dia. Maka aku pun bukalah internet dan cari macam2 peluang perniagaan yg ada. Aku pun tak tau nak pilih yg mana pasal banyak yg macam skim cepat kaya. Dah la aku pernah kena tipu dgn skim Winlifund masa kat universiti dulu. Itu yg buat aku berhati-hati. Semenjak hari itu selepas setiap kali solat, aku selalu mohon kpd Allah agar memberi ilham kpd aku tentang perniagaan yg aku boleh buat utk menjana pendapatan sampingan aku. Bukanlah setiap kali lepas solat aku doa macam tu, tetapi banyak kali juga la. Dalam masa yg sama, aku cuba intai juga la mana2 peluang yg ada.
Sampai la aku tukar kerja kat tempat lain. Kemudian kerja kat Johor Bharu selama 1 tahun setengah. Dan kemudian kerja kat Seremban pula. Setiap kali aku teringat, selepas solat aku doa macam tu. Akhirnya pada 1 Ramadan tahun lepas aku telah bertemu seseorang yg mengajak aku buat perniagaan insurans. Hampir saja aku menolak pelawaan dia, apabila tiba2 aku teringat doa yg selalu aku panjatkan selepas solat. Aku pun bersetuju dan dari situ bermula bagaimana aku menjadi seorang ejen insurans.
Kalau aku lihat semula drpd tahun 2011 sehingga 2013. Lebih kurang 3 tahun aku memohon doa barulah aku berjaya dapat apa yg aku hajati. Ianya bukanlah sesuatu yg mudah. Doa kadang kala tidak makbul dgn cepat. Yang penting keyakinan kpd Allah. Lambat dan cepat bukan urusan kita. Rezeki itu semuanya sudah tertulis sejak azali lagi.
Aku akan sambung lagi cerita aku dalam Part 5
No comments:
Post a Comment