26 April 2014

Ajaibnya Doa - Part 3

Ada orang bila doa dgn selamba Ya Allah berilah aku.. maka Allah makbulkan doa dia pada masa tu juga. Tetapi ada orang lain bila doa kepada Allah pada malam yg sunyi dgn kusyu' dan menangis dgn sepenuh pengharapan kpd Allah. Tetapi Allah tak beri pun apa yg dia minta. Mungkin Allah lebih suka org yg begini. Allah sengaja tidak mahu perkenankan doanya kerana Allah mahukan dia dekat dgn Allah. Allah mahukan dia selalu berdoa dan menangis kpd Allah. Alangkah indahnya jika seorang hamba memohon kpd Allah dlm keadaan tawadhu' dan sepenuh hati menyerahkan jiwanya kpd Allah. Wallahua'lam.
Ini adalah sambungan drpd Part 2.

Masa aku jaga projek kat Johor Bharu tahun 2012 dahulu, aku ada banyak masalah. Bukan masalah duit, tetapi masalah kerja. Konsultan aku pada masa tu tak nak approve welding procedure utk kerja aku. Padahal yg dijadikan isu hanyalah kerana terdapat typo dlm paperwork yg dibuat oleh org2 dahulu. Bila aku cakap benda ni kat bos aku, dia bagi macam2 jawapan. Konsultan pulak memang sengaja buat perangai macam nak minta sesuatu je aku rasa. Sampaikan maincon aku cakap kat aku, "kau suruh la bos kau buat macam mana pun asalkan boleh setel masalah ni". Last sekali semua org termasuk aku buat ding-dong-ding-dong dan benda ni jadi isu bila paip aku kena relocate akibat perubahan design.

Pada suatu malam dlm bulan Mac 2012, aku terjaga drpd tidur. Entah kenapa aku terfikir utk menunaikan solat tahajud pada malam itu. Selesai solat tahajud, aku panjatkan doa memohon agar Allah tolong aku selesaikan masalah kerja aku ni. Aku doa dgn sepenuh harapan sebab aku rasakan hanya Dia sahaja yg boleh tolong aku. Lagipun semua org kat tempat kerja asyik ding-dong-ding-dong je.  

Sebulan kemudian. Bos aku turun melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan di Nusajaya. Masa tu maincon pun cerita la kat bos aku kenapa semua inspection belum close lagi. Dan aku kena marah dgn bos aku kat situ juga depan semua orang. Aku tak dapat describe camne teruknya aku kena marah masa tu. Subcon2 lain turut simpati dgn aku bila kena marah dgn bos aku tadi. Manager maincon siap offer aku suruh hantar resume utk kerja dgn company dia. Petang itu, bos aku pun balik ke KL dan berjanji utk setelkan masalah ni secepat mungkin.  Beberapa hari kemudian bos aku telefon aku cakap benda tu dah approve pasal dia dah pegi setel dgn bos konsultan kat KL.  

Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Tetapi manusia selalunya hanya memohon kpd Allah apabila mereka dah tak tahu nak buat apa lagi. Bukankah lebih elok sekiranya awal2 lagi kita terus memohon kpd Allah agar Dia membantu kita memperbaiki urusan kita?

Aku akan sambung lagi cerita aku dalam Part 4

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com