Peluang pekerjaan kat Malaysia ni banyak. Bukan sahaja peluang pekerjaan, malah peluang perniagaan pun banyak. Aku coretkan di sini tentang diri aku. Company pertama aku masuk kerja adalah sebuah kilang membuat tangki utk bidang oil & gas. Jawatan aku sbg QA/QC Engineer. Nampak macam best je oil & gas, mesti gaji mahal kan? Tapi sebenarnya gaji aku utk 13 bulan pertama kat situ ialah RM1,200. Lebih kurang RM40 sehari. Jgn tanya kenapa, terlalu panjang utk aku ceritakan kat sini. Kalau rajin, korang boleh semak balik blog post aku yg lama2 dulu tahun 2010 dan 2011 (Atau klik kat label 'story of myself'). Kemudian utk 6 bulan berikutnya company naikkan gaji aku jadi RM1,500 sebulan. Cuba fikirkan. Jikalau seorang jurutera yg mempunyai degree pun dibayar sedemikian rupa, apatah lagi mereka yg tidak memiliki apa2 sijil?
Kemudian aku join company pepasangan paip gas pada bulan Jun 2011. Mula2 masuk aku dibayar sebanyak RM1,800 sebulan selama dua bulan. Kemudian bos aku naikkan gaji kpd RM2,000 dan 6 bulan kemudian naik jadi RM2,200. Semasa aku kerja kat situ, aku tengok ramai pekerja warga asing yg dibayar mahal. Ada yg sampai RM80 sehari. Kenapa boleh jadi macam ni? Mana pegi orang2 Malaysia? Memanglah kerja pembinaan ni susah dan merbahaya. Tetapi ada je budak2 melayu yg kerja kat company aku tu. Ada yg dibayar lebih RM100 sehari walaupun kerja kena angkat paip dan panjat tempat tinggi. Gaji mereka lebih banyak drpd gaji aku yg jadi bos. Sampaikan ada budak melayu yg boleh beli Nissan Almera dgn kerja pasang paip macam ni. Tetapi sayangnya nisbah pekerja tempatan dan pekerjaan asing kat company ni terlalu jauh bezanya. Negara jadi membangun, tetapi akhirnya yg untung ialah pekerja asing. Peluang pekerjaan seperti ini sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Aku dah tak kerja lagi kat company pepasangan paip gas tu. Gaji terakhir aku ialah RM2,400 walaupun sepatutnya tahun ni nak naik jadi RM2,600. Sebab aku dah bagi notis dulu sebelum sempat naik gaji awal tahun hari tu. Gaji aku tak banyak sebenarnya sebab kawan2 aku yg kerja jawatan macam aku ada yg gaji dah cecah RM4,000. Tapi aku terima aje la rezeki aku macam ni. Lagipun company aku ada hutang kat aku lebih RM27,000 elaun aku masa kerja kat Johor Bharu dulu.
Ramai org tanya kenapa aku berhenti kerja. Sebenarnya ada sebab aku berhenti kerja pada Februari 2014 yg lalu. Sebab pertama ialah aku nak rehat sementara waktu. Aku baru keluar dari hospital masa krismas tahun lepas kemudian ada masalah sikit dgn bos aku. Jadi aku ambil keputusan utk berundur seketika drpd dunia pekerjaan ni. Keduanya ialah aku nak kembali kpd Allah.
No comments:
Post a Comment