08 March 2010

Kenapa menganggur? (Catatan ilmiah dari lubuk hatiku)

Hari ni aku nak mengisi minda para pembaca dgn suatu catatan yg menarik ttg isu pengangguran. Kadar pengangguran di Malaysia ni dilaporkan semakin berkurangan di dlm media arus perdana. Tambahan pula ekonomi Malaysia skg ni sedang beransur-ansur pulih. Tetapi dgn kelahiran beribu-ribu siswazah setiap tahun, aku percaya kadar tersebut sepatutnya menjadi bertambah.

Kalau kita lihat kat Malaysia ni sebenarnya ada banyak peluang. Peluang pekerjaan, peluang latihan, peluang sambung belajar, dan lain2. Cuma penduduknya saja yg pemalas. Kalau boleh diorang nak keluar universiti terus dpt jawatan tinggi la, gaji 3000 ringgit la. Diorang ni jenis nak senang cepat. Kalau boleh nak keje yg setaraf dgn kelayakan. Terutamanya budak bachelor degree. Mereka tak fikir ada beribu-ribu lagi budak yg ada degree kat Malaysia ni. Sepatutnya diorang ni fikir camne nak bersaing sbb persaingan mmg terlalu sengit.



Bagi yg pointer tinggi patutnya takde masalah sangat. Boleh minta mana2 company yg korang suka. Kalau pointer korang rendah pastu tak dpt keje, sape suruh korang belajar main-main masa dulu? Salah sendiri kan? Rileks, apa kata korang pegi buat latihan yg ada kaitan dgn teknikal. Masuk institut kemahiran mcm giat mara ke. Atau keluarkan duit korang utk buat certificate kat Niosh ke, CIDB ke, SIRIM, TWI atau banyak lagi tempat lain. Sekurang-kurangnya dpt jugak ilmu teknikal. Kalau korang ada kelebihan camni, itu yg dpt membezakan korang dgn graduan lain yg melambak-lambak kat luar sana masa interview nanti. Dan itu juga lebih baik drpd menganggur kat rumah tak buat pape.

Korang jugak boleh join training anjuran kerajaan atau agensi swasta utk menimba ilmu. Bagi yg ada degree kejuruteraan, apa salahnya korang cebur bidang lain pulak? Jadi eksekutif ke, atau apply utk jawatan management. Kalau korang nak keje kat bank atau institusi kewangan pun boleh sebenarnya. Tak semestinya korang kena masuk bidang teknikal je. Bidang non-technical pun boleh cari makan jugak apa?

Aku nasihatkan janganlah memilih kerja. Timba pengalaman dulu. Kalau kena mula dari bawah pun takpe la. Lama2 mesti boleh naik punya, terutama yg ada degree. Salah satu opsyen yg selalu org buat ialah sambung belajar, ambil master. Terpulang la pada cita rasa masing2. Kat Malaysia ni, ada banyak peluang. Kalau kita rajin dan berusaha utk rebut peluang tu, kita akan dapat. Kalau kita malas, asyik menunggu dan asyik memilih kerja, kita akan rugi.

Aku sendiri pun pernah menganggur masa dulu. 5 bulan lamanya (Jun 2009 - Oktober 2009). Dan aku pun jenis yg malas jugak, asyik duduk rumah tunggu kerja turun dari langit. Nasib baik la ada company yg sudi amik aku keje. Walaupun jawatan aku sbg jurutera, tapi gaji basic aku lebih rendah drpd kerani. Takpe la, yg penting aku keje dulu dan timba pengalaman. Sebenarnya aku baru lepas kena kaunseling dgn bos aku tengahari tadi sbb aku hantar surat termination. Hehehe.. Dia suruh aku keje sekurang-kurangnya setahun, sbb aku pun belum dpt offer lain. Tapi kalau aku dpt offer drpd tempat lain, dia kata dia takkan halang aku keluar. Dia cuma nak aku stay dulu dan timba pengalaman. Last sekali bila aku fikir balik, ini utk kebaikan aku jugak.

2 comments:

  1. Sial jer dah hantar surat nak berenti.Perangai cam hapa.Hahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..nice la ajim..bermula esok..siap la diorg keje kan ko..haha

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com