24 March 2010

Tangki punya problem

Tiga hari ni (bermula isnin lalu) mmg meletihkan. Aku terpaksa ulang alik dari rawang ke banting sbb ada problem dgn tangki yg company aku buat. Mggu lepas dua hari pegi check dgn client. Mggu ni terpaksa la repair mana yg patut. Dianggarkan sekurang-kurangnya satu pertiga drpd enam puluh lebih biji tangki tersebut menghadapi masalah. Masalah dimension je pun, bukannya masalah welding. Client salahkan kitorang sbb buat tangki tak ikut drawing. Kalau diorang terer sgt, pegi la potong plate pastu welding sendiri. Rasakan sendiri camne welding besi stainless steel.

Aku pun tak tau nak cakap camne. Mmg aku yg akan kena dululah sbb aku department QC. Yg buat final inspection, yg sain semua dokumen aku jugak la yg buat. Salah aku sbb tak check betul2, tapi aku lg panas dgn production. Camne dah guna jig pun, tapi pasang masih boleh salah? Skg ni nak kena potong part tu, pastu nak kena welding balik. Aduh, aku rasa macam nak lari je dari sini. Nasib baik hari tu aku ugut nak berenti, jadi General manager takde la marah kat aku sgt. Pastu hari ni, client pulak boleh salah hantar balik tangki yg nak kena repair. Lagi tambah masalah aku. Kalau GM dpt tau ni, aku tak tau la apa lg episod malang yg akan menimpa aku. Managing Director belum balik drpd out station lg ni. Aku risau jugak kalau kena tiau dgn dia lak.


Susah jadi engineer ni. Orang atas aku gaji tujuh-lapan ribu tapi bila problem, kesalahan nak letak kat aku. Gaji aku berapa je? Berbaloi ke gaji aku kalau nak banding dgn tanggungjawab yg aku pegang? Dengar kata diorang tgh cari QC engineer yg baru. Macam nak singkirkan aku secara senyap2 je.

Mula2 rasa risau jugak. Kalau diorang berentikan aku, aku nak keje katne? Kalau takde keje, takde duit. Kalau takde duit, takleh hidup. Sebenarnya boleh hidup, tapi kena suruh ayah aku tanggung la. Tak boleh. Aku nak belajar berdikari.

Setiap episod malang, mesti ada satu cahaya terang yg menyuluh. Yg positifnya, hari ni aku telah terpilih utk menduduki peperiksaan khas bagi jawatan gred J41, jurutera kerajaan. Katne? Biarlah rahsia dulu buat sementara waktu ni. Sbb kalau aku berjaya lepas exam ni, aku kena pegi interview pulak. Kalau aku dah berjaya dpt keje nanti baru aku bagitau.
Siapa tau soalan apa yg biasa ditanya dlm peperiksaan tu ye? Kalau tanya pasal fluid mechanic atau thermodynamic, aku mmg tak ingat dah. Takpe, aku harung je exam tu hujung mggu ni. Kalau ada rezeki, dpt la aku keje yg stabil ni. Emak aku mesti gembira bila aku dpt keje baru, selama ni aku asyik mengadu banyak perkara pasal keje aku kat rawang ni. Ada 4 hari je lagi. Aku harap korang semua mendoakan aku berjaya jawab soalan dgn baik hujung mggu ni.

2 comments:

  1. nice la jim..makan rasuah la ko kalo jadi jurutera kerajaan..wakakaka

    ReplyDelete
  2. Pek, ko dah daftar ke utk MCTF'10? Jgn lupa kita punya plan.

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com