Doa adalah ibadah. Sesiapa yg bangun di tengah malam dan berdoa sehingga masuk waktu subuh, sesungguhnya sepanjang dia berdoa itu dia berada di dlm ibadah. Ini adalah sambungan drpd Part 1.
Aku dulu kerja kat Rawang. Betapa kecewa aku dgn kehidupan aku pada masa tu sampaikan aku selalu memohon kpd Allah agar Dia berikan aku jalan keluar. Aku selalu duduk di beranda rumah sewa aku (tingkat 4) dan memandang ke arah padang sekolah dan lebuhraya PLUS. Aku minta kpd Allah agar Dia berikan aku peluang utk kerja kat tempat lain. Aku mengadu cakap gaji aku sikit, duit simpanan tak ada, dan aku inginkan kehidupan dunia yg lebih baik macam kawan2 aku yg lain. Setiap kali aku duduk kat beranda, itulah yg akan aku pohonkan kpd-Nya.
Macam2 tempat aku apply kerja. Aku dah dipanggil dan pergi interview kat 3 company, tapi semuanya gagal. Mungkin rezeki belum sampai. Akhirnya, selepas 19 bulan kemudian barulah aku berjaya dapat kerja kat tempat lain. Betapa terharu dan bersyukur aku rasakan kerana akhirnya berjaya juga aku keluar drpd kesempitan hidup aku masa tu.
Bila difikirkan balik, bukan doa itu yg tidak diterima. Bila ada doa, sudah tentu ada penerimaan. Cuma bila tuhan nak perkenankan doa itulah yg menjadi rahsia. Ada sebab tertentu doa tidak diangkat. Mungkin kerana dosa hamba itu sendiri atau ada konflik dgn takdir yg tuhan telah tetapkan. Ada kalanya tuhan nak uji utk melihat sejauh mana hambanya bersabar dgn ujian kehidupan. Wallahua'lam.
Aku akan sambung lagi cerita aku dalam Part 3
No comments:
Post a Comment