Assalamualaikum,
Hari ni aku nak bercerita sedikit tentang keajaiban berdoa. Sekiranya kita berdoa dan memohon sepenuh hati kpd Allah di atas sesuatu perkara yg kita hajati, pasti Allah akan tunaikan selagi mana ianya tidak bercanggah dgn sesuatu yg hanya Allah saja ketahui.
Barangkali ada orang meminta sesuatu kpd Allah pada hari ini, tetapi Allah tidak memberi kepadanya seketika itu juga. Boleh jadi Allah akan menunaikannya kemudian dan boleh jadi Allah tidak akan memberi langsung apa yg hambanya tadi minta. Tetapi itu hanya di dunia. Di akhirat kelak pasti doa itu akan hadir kpd hamba tadi di saat dia sangat memerlukan. Dan hamba tadi akan berasa syukur kerana banyaknya doa yg dia pohon masa kat dunia dulu Allah tak bagi, tetapi di akhirat Allah balas dgn berkali ganda kebaikan.
Peristiwa pertama yg aku ingin ceritakan di sini ialah sesuatu yg remeh sahaja. Semasa aku berada di tingkatan satu dulu, aku belajar di sebuah sekolah asrama. Aku ni sukakan warna hijau. Jadi, masa tingkatan satu dulu, cikgu akan aturkan rumah sukan utk setiap pelajar tanpa pengetahun pelajar2. Jadi aku berdoa pada Allah, aku minta supaya Allah bagi aku masuk rumah hijau sebab aku suka warna hijau. Benda remeh je sebenarnya. Padahal kalau aku jumpa cikgu minta cikgu aturkan aku masuk rumah hijau kan lebih senang? Masa tu, aku betul tak fikir pasal manusia. Aku terus minta kat Allah. Barangkali atas kesungguhan doa aku tadi memohon bulat2 kpd Allah, maka Dia beri apa yg aku minta.
Orang akan nampak ini sbg suatu kebetulan. Tetapi aku percaya itu adalah doa aku yg dimakbulkan. Bagi aku hidup ini tidak ada kebetulan. Kita bertemu dgn org ini, kita bertemu dgn org itu, semuanya adalah dirancang. Yang merancang tentulah Allah s.w.t kerana takdir berada di dalam tangan-Nya.
Aku akan sambung lagi cerita aku dalam Part 2
No comments:
Post a Comment