01 April 2014

Kembali menulis blog

Hari ini aku  menulis semula di blog aku yg usang ini. Pada asalnya dahulu, aku menulis blog ini sebagai suka2 sahaja. Sebab tu aku tulis dlm Bahasa Melayu. Kini aku ada rancangan utk menulis kembali dalam blog ini dan mempromosi ke seluruh dunia. Walaupun penulisan dalam blog ini lebih berkisar kpd kisah peribadi, tetapi aku rasa tidak salah kalau aku meluaskan tema blog aku ni kpd dunia tanpa sempadan. 



Antara post paling banyak dlm blog aku ni ialah berkisar pasal permainan komputer atau video game. Jadi mulai hari ini, aku akan cuba utk menulis semula entry yg lama2 pasal game ni ke dalam bahasa inggeris. Aku tak mahu buat entry baru, cuma sekadar translate dan update dlm english. Maka blog aku ni akan melangkaui sempadan Malaysia ni. Mat Salleh akan dapat membaca blog aku walaupun sekadar post pc game. Aku rasa ini adalah permulaan yg baik utk aku mendapatkan pembaca drpd luar negara.

Manakala ada beberapa entry lama2 yg akan aku tulis semula dlm bahasa inggeris. Semasa artikel ini ditulis, aku telah schedule 5 entry baru yg menuggu giliran utk publish bulan depan. Entry tersebut bertajuk Ajaibnya Doa. Aku bahagikan kpd 5 bahagian dgn ditulis dlm bahasa melayu mengenai pengalaman yg pernah aku lalui sendiri. Kemudian setelah selesai publish kesemua bahagian itu pada bulan Mei nanti, aku akan terjemahkan ke dalam bahasa inggeris pula. Manalah tahu ada Mat Salleh yg akan baca dan mendalami agama Islam nanti.

Aku sebenarnya sedang bereksperimen tentang kemampuan aku utk menjana income melalui blogging. Aku tahu ramai yg dah berjaya income ribu-ribu sebulan buat blog je. Kalau setakat nak iklan pakai Nuffnang, boleh layan lagi blog BM ni. Kalau aku nak naikkan income Google Adsense aku yg baru ada USD5.00 tu, aku kena banyakkan artikel dlm bahasa inggeris. 

Aku pernah bereksperimen dgn blog pertama aku tentang anime pada 2007 dulu. Boleh baca kat sini. Sampai sekarang pun, blog ini masih menerima visitor drpd seluruh dunia walaupun artikel terakhir yg ditulis ialah pada tahun 2010. Pageviews dah mencapai 48,000++ berbanding blog peribadi aku ni yg baru mencapai 17,000++ pageviews ketika artikel ini ditulis.

Kemudian apa isu yg aku boleh war-warkan dlm blog aku ni agaknya. Aku masih fikirkan lagi pasal isi kandungan yg bagus utk blog aku ni. Kalau aku berjaya menjadikan jumlah post English lebih drpd 60% dlm blog ni nanti, InsyaAllah akan nampak hasilnya kemudian hari. Sesiapa yg singgah blog aku ni, kemudian nak exchange link amat aku alu-alukan. Sama2 kita bawa trafik masuk utk kebaikan bersama.

2 comments:

http://www.emailcashpro.com