Tahun lepas aku pernah tulis kat sini pasal aku jatuh hati pada seorang gadis kat ofis aku. Boleh baca kat sini dan sini. Sebenarnya lepas peristiwa aku tanya dia dah ada boyfriend tu, hubungan dia dgn aku macam biasa. Ramah mesra tu masih ada. Aku pun masih menaruh harapan lagi masa tu. Terfikir juga nak sailang dia drpd balak dia. Tapi atas nasihat seorang kawan baik aku, aku pun beristighfar dan tidak terlalu mengikut hawa nafsu.
Pagi sebelum aku tanya dia pasal boyfriend tu, aku bangun buat solat hajat sebelum masuk waktu subuh. Tujuan aku buat solat hajat adalah meminta agar diberi kekuatan utk bertanya soalan tersebut kpd gadis itu. Hahaha. Pelik kan cara aku? Aku ni sudah la pemalu dgn perempuan, mesti la aku rasa macam tak yakin je. Jadi aku minta pertolongan Allah agar diberi kekuatan, selebihnya terserah kpd takdir.
Banyak kali aku mimpi pasal dia. Aku pernah mimpi bawa dia pergi jalan2 kat pasar malam di Gelang Patah. Punyalah jauh pasar malam sampai kat pekan sempadan Singapore sana. Lepas tu mimpi yg censored2 tak payah la aku cerita kat sini. Mungkin syaitan nak hasut aku kot. Banyak kali juga aku doa dalam sujud semoga Allah jodohkan aku dgn dia. Lepas solat aku selalu doa semoga Allah satukan hati aku dan dia, aku nak dia jadi pasangan aku di syurga kelak.
Saban hari, aku rasa tak tenang. Aku terasa nak sangat2 kat dia. Kadang2 aku rasa bersalah sebab doa macam ni. Bukankah jodoh itu Allah yg pilih? Kenapa aku nak masuk campur urusan Dia? Maka pada suatu hari aku berdoa kpd Allah. Ya Allah andainya si dia milikku satukan lah dia dgn aku sbg suami isteri yg sah. Seandainya dia bukan jodohku, jauhkanlah dia daripada aku atau bawalah aku pergi drpd dia. Agak keras bunyi doa ini. Kalau Allah angkat doa aku ni, kemungkinan aku tak akan jumpa dia lagi selepas ni. Tetapi aku terpaksa kerana aku tak mahu terus dihimpit perasaan tak pasti.
Akhirnya beberapa minggu kemudian, lepas aku tiba dari Seremban, kawan ofis aku beritahu kat aku yg budak perempuan tu dah resign. Dia dapat kerja dgn Petronas. Aku terdiam sekejap kemudian aku jawab baguslah. Minggu depan masa hari dia last day, aku masuk ofis sekejap pasal bos aku panggil balik ambil barang. Aku cakap sepatah kat dia, tapi dia macam nak tak nak layan je. Lepas tu aku tinggalkan ofis dan terus pergi kerja kat Seremban.
Minggu berikutnya aku masuk balik ofis kat Seri Kembangan, barulah kawan ofis aku (perempuan cina) buka cerita. Masa last day kelmarin kawan ofis aku ni ada usik budak perempuan tu, dia cakap "Hazim balik ofis semata-mata nak jumpa you". Budak perempuan tu bukan main suka dan senyum panjang dengar usikan tersebut. Sebenarnya budak perempuan tu kerja kat company aku tu lebih kurang empat bulan je. Tapi fun juga la bila dia ada. Tak pernah ada perempuan layan aku macam tu. Kenapa tiba2 aku tukar topik jadi cerita pasal perempuan ni? Ok, sampai sini sahaja cerita aku.
5 bahagian ni adalah sebahagian je drpd keseluruhan bahagian yg pernah aku lalui sepanjang hidup aku. Banyak lagi doa2 lain yg aku tak perlu cerita kat sini. Ada doa yg termakbul, ada yg tak. Yang penting adalah kehendak utk berdoa itu sendiri. Masing2 kena doa kpd Allah, bukan suruh tok imam atau ustaz tolong doakan utk diri kita. Setiap insan perlu berdoa, belajar cara utk berdoa dan waktu mustajab utk berdoa. Barulah insan akan merasa ada hubungan dgn Allah. Ingatlah, doa adalah senjata orang2 mukmin. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment