24 May 2013

Terus terang...

Sebenarnya aku dah jatuh hati dgn budak baru tu. Walaupun baru seminggu lebih kenal dia, tapi aku rasa perlu bertindak agar aku tidak terus memendam perasaan. Hari isnin yg lalu, semasa lunch dgn dia aku pun bertanya adakah dia sudah memiliki boyfriend. Dia terkejut sambil ketawa manja dan menganggukkan kepala. Pabila aku mengulangi soalan tersebut, dia pun berkata "Dah ada". Lepas tu aku pun tanya macam2 soalan pasal boyfriend dia, org mana, kerja apa bla..bla..bla. Sengaja aku nak cover perasaan aku masa tu. Agak kecewa jugak la, tapi aku boleh terima kenyataan dgn hati terbuka. Bukan rezeki aku agaknya.

Nasib baiklah aku bertindak tanya status dia drpd awal2 lagi. Kalau aku terus layan perasaan cinta kat dia kemudian suatu hari nanti baru dpt tahu yg rupa2nya dia dah ada boyfriend.Tak ke haru masa tu? Walaupun malu, tapi aku beranikan diri tanya dia straight to the point, dah ada boyfirend ke tak. Secara positifnya, aku berjaya meningkatkan keyakinan diri aku bila berhadapan situasi seperti ini. Lebih baik malu, drpd haru di kemudian hari. Bila aku dah tau status dia, barulah aku boleh lupakan dia dan cuba mencari org lain.


Hubungan aku dgn dia dah tak macam dulu. Kalau dulu aku dgn dia selalu bersembang dan bergurau mesra, sekarang tak lagi. Kalau dulu dia suka dekat2 dgn aku macam nak peluk aku, tapi sekarang tak lagi. Sekarang ni dia nak bertentang mata dgn aku pun segan, kalau bercakap dgn aku pun setakat pandang bawah je. Aku tahu dia malu dgn aku, tapi kalau ikutkan aku lagi malu sebab nampak sangat aku yg ada perasaan kat dia. Entahlah, aku rindukan diri dia yg dulu. Mungkin salah aku yg menyebabkan keadaan menjadi macam ni.

Nasib baiklah aku dah mula kerja outstation balik. Bolehlah aku larikan diri drpd dia buat seketika. Aku boleh terima kenyataan yg dia tak akan jadi kekasih aku. Tetapi kalau boleh aku nak teruskan berkawan dgn dia. Dia dgn aku ada banyak persamaan, tangan kidal, dua2 anak sulung, ada 5 org adik beradik, 3 lelaki 2 perempuan, bla..bla..bla.. Aku harap boleh terus berkawan dgn dia. 

Rasa sunyi pulak hati aku ni. Bila lagi aku boleh jumpa perempuan macam dia ni? Cantik, lemah lembut, sopan santun, baik hati, jaga solat dan banyak lagi yg aku suka tentang dia. Ada lagi ke spesies perempuan macam ni kat Malaysia ni yg masih single dan available? Ada kot. Aku percaya mungkin akan ketemu juga suatu hari nanti. Yang penting aku kena teruskan perubahan dlm diri aku ni. Kerana perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik. Dan aku mengharapkan pasangan yg dpt membawa aku sehingga ke syurga, bukan di dunia shj tetapi di akhirat sana. 

Terima kasih kepada awak yg telah berjaya menceriakan hari2 saya yg selama ini suram bertahun-tahun lamanya. Nama awak secantik wajah awak. Saya doakan awak bahagia dgn kekasih awak suatu hari nanti. Kalau ada jodoh antara kita, insyaAllah saya akan terima awak dgn seikhlas hati. Apa pun, perancangan tuhan itu lebih baik drpd manusia. Terima segala ketentuan takdir dgn rela hati dan bertawakkal kpd-Nya.

2 comments:

http://www.emailcashpro.com