01 June 2013

Dead Space 3

Game ni adalah sambungan drpd siri Dead Space sebelumnya iaitu Dead Space 2. Perjalanan cerita karekter utama iaitu Isaac yg cuba menyelamatkan kaum manusia drpd kejahatan dan ancaman marker. Dlm siri terbaru ini, ada beberapa perubahan yg menarik seperti kebolehan utk mengubahsuai senjata dgn lebih detail lagi. Ini adalah suatu ciri yg menarik dlm siri terbaru Dead Space ni. Selain itu hubungan cinta antara Isaac dan Ellie juga memaparkan konflik cerita yg aku sendiri pun tak tahu perlu wujud atau tidak dlm game ni. Macam biasa, siri terbaru ni masih scary macam siri2 sebelumnya. Banyak adegan yg suspen dan suasana menakutkan.Kalau lemah jantung, boleh pitam dibuatnya. Buat pertama kalinya, ada disertakan side mission dan coop mission dlm siri Dead space ni. Tapi aku rasa macam tak perlu ada je side mission tu pasal tak menarik langsung.Aku dah habis pun main game ni. Tapi tak seperti Dead Space 2, aku tak rasa macam nak ulang main Dead Space 3 ni utk kali kedua.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com