30 June 2013

Mass Effect 3


Masa aku tulis review ni, aku baru sahaja seminggu lepas menghabiskan game ni. Agak lambat jugak la kerana game ni dah keluar lebih setahun yg lepas. Tapi aku menulis review ni jugak sebab aku rasa game ni best dan ini adalah kali pertama aku main game daripada siri Mass Effect. Dulu pernah juga berhasrat nak main Mass Effect dan Mass Effect 2, tapi masa tu aku sibuk sangat main Fallout dan The Elder Scrolls Skyrim.

Jadi bulan lepas, aku download game Mass Effect 3 ni, dan terus install. Pergghh!! Memang best betul game ni. Aku rasa antara game terbaik yg pernah aku main. Ada kapal angkasa, alien, planet, mass relay dan macam2 lagi seperti Star Trek la juga. Game ni sebenarnya RPG, tapi masa mula main korang akan diberi pilihan samada nak main ikut RPG atau Third Person Shooter. Disebabkan aku malas nak main ikut RPG, jadi aku pilih 3rd person aje la.

Masih boleh faham jalan ceritanya iaitu tentang satu bangsa alien yg dipanggil The Reaper datang ke galaksi yg kita diami sekarang. Tujuan mereka adalah utk menghapuskan semua kehidupan di planet2 termasuk bumi dan memulakan life cycle yg baru. Jadi Commander Shepard iaitu seorang manusia telah pergi ke angkasa lepas dan berjumpa dgn Alliance utk meminta bantuan. Masalahnya bangsa alien yg lain juga sedang berhadapan masalah yg sama iaitu serangan drpd The Reaper. Jadi beliau telah berusaha utk menyatukan semua bangsa2 ini bagi menyerang The Reaper. 

 Gameplay utk game ni boleh tonton di pautan video di bawah

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com