22 April 2009

Cepatnya masa berlalu


Aku ingat lagi kata2 manager aku masa hari terakhir aku praktikal tahun lepas. "Wah, tahun depan dah jadi engineer la ni.." Skg ni dah 10 bulan berlalu, dah nak masuk 11 bulan dah pun. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Aku dah hampir ke penghujung tahun pengajian aku kat universiti ni.

Aku rasa dah sampai masanya utk aku mula mencari pekerjaan. Perkara pertama yg perlu dilakukan ialah menentukan bidang yg ingin aku ceburi. Selaku pelajar kejuruteraan mekanikal, aku boleh pergi ke mana2 shj disiplin kejuruteraan yg aku suka. Antara industri yg boleh aku ceburi ialah perkilangan, perlombongan, automotif, construction, oil and gas dan banyak lagi.


Aku tak akan kembali semula ke kilang lama aku. Bukan aku taknak, tapi aku tak suka kehidupan kat kilang. Kalau ikutkan peluang utk aku kembali bekerja di kilang tersebut adalah amat cerah sbb bos aku bagi A kat aku masa praktikal dulu. Kiranya dlm database kat kilang tersebut dah tercatat nama aku sbg antara industrial trainee yg cemerlang. Pensyarah universiti aku pulak bagi A- je kat aku, patut ke?

Bagi aku kerja kat kilang cam tak best je, sbb kena kurung kat dlm kawasan yg dikawal ketat. Makan pun kat kefeteria dlm tu je. Tapi bukan takde yg makan kat luar, ada jugak abg2 engineer yg pernah bawa aku curi2 makan kat kedai luar. Aku rasa aku akan join industri perkilangan pun kalau aku dpt tawaran position sbg designer.

Aku tak kisah pun kerja kat sykt mana2. Sykt besar atau kecik aku tak peduli. Masa praktikal dulu aku dpt sykt besar pun kira nasib baik je. Rezeki masing2 kan. Sebenarnya aku tak bercadang utk makan gaji selama-lamanya. Lagipun cita2 masa kecik aku ialah nak jadi pilot, bukan engineer. Mungkin lepas sepuluh tahun nanti aku akan berhenti jadi engineer dan membuka perniagaan sendiri. Jual lembu ke, ayam ke. Yang penting aku tak suka kerja di bawah arahan org lain.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com