24 April 2009

7 tahun lalu...

7 tahun lepas aku pernah melalui masa yg amat sukar. Di mana aku terasa kehidupan aku sgt tak bermakna. Aku rasa down gile time tu. Sebabnya? Aku gaduh dgn kawan aku. Dan dia adalah kawan baik aku, kawan yg paling aku sayang sampai skg ni. Dia adalah kawan yg paling rapat dgn aku, setiap masa bersama-sama dgn aku.

Sewaktu aku kawan dgn dia, aku rasa sgt gembira dgn kehidupan aku. Sepanjang kehidupan aku, tak pernah aku rasakan gembiranya memiliki seorg kawan. Dia adalah seorg yg memahami aku. Tak pernah sekali pun dia tinggalkan aku jika nak buat sesuatu. Dan kalau aku buat sesuatu tanpa mengajak dia, dia akan marah dan merajuk. Well, aku mmg pandai memujuk. Nampak macam homo, tapi aku bukan homo. Kebanyakan kawan2 aku sangsi dgn hubungan aku dan kawan aku tu. Nak buat camne, aku tak boleh menutup mulut2 manusia tu yg boleh diumpamakan sbg radio bergerak. Biarlah mereka nak kata apa pun, yg penting aku bahagia.


Ada satu peristiwa kecil yg menyebabkan hubungan persahabatan aku dan dia retak. Sejak peristiwa tu, aku tak pernah bertegur sapa dgn dia. Loker aku sebelah menyebelah dgn dia. Katil dia letaknya atas katil aku, tapi kitorang seolah-olah tak pernah mengenali antara satu sama lain. Memang aku pernah cuba nak berdamai, tapi dia terlalu keras kepala. Masa tu, aku rasa kehilangan sesuatu yg berharga, sangat sedih dgn apa yg terjadi. Aku tinggalkan pelajaran, taknak dengar nasihat org lain termasuk cikgu dan kawan2 lalu aku terlibat dlm masalah disiplin di sekolah. Kemuncaknya aku dihukum gantung sekolah kira-kira 4 bulan sebelum peperiksaan SPM.

Aku masih menyesal sampai skg ni. Kalau masa tu aku tak terbawa-bawa sgt dgn perasaan aku, dah tentu kehidupan aku akan jadi lebih baik. Skg ni semuanya dah berlalu, aku rasa aku dah baiki kesilapan aku tu. Aku tak pernah salahkan dia atas apa yg berlaku. Aku yg terlalu bodoh dan tak dpt menerima kenyataan bahawa aku kehilangan dia. Tapi itulah aku, sentiasa setia terhadap kawan. Apb aku menganggap seseorg itu sbg kawan, maka dia adalah kawan utk selama-lamanya walaupun mungkin ada antara mereka yg bersikap spt gunting dlm lipatan (hahaha..aku kan jenis tak agresif, org lain suka ambik kesempatan atas kelemahan aku).

Mulai saat itu, aku belajar sesuatu. Sayangi org lain jgn sepenuh hati. Kalau kita ada 10 keping bhg hati, bagi 9 keping je kat org yg kita sayang tu. 1 keping lagi kita simpan supaya jika apa2 terjadi, kita masih ada sekeping hati dlm simpanan. Dgn cara tu, kita tak akan rasa frustated dan down to the earth. Lagi satu, jgn rasa sedih lama2, hidup mesti diteruskan.

4 comments:

  1. yeah...i agree with u ajim...
    hidop mesti terus~~
    (",)

    ReplyDelete
  2. Owh...kecewanya aku.Ingatkan ada cite-cite lucah macam dulu.Skrg nie ko asyik tinggalkan aku jer kalo makan...per cite?...Mana 9 keping hati ko tue?

    ReplyDelete
  3. ini lah yg betul razi..ko ape tau..yg bukan2 ko pk pasal ajim..sgt sedih cerita nih..datang la umah aku..aku nyanyikan lagu bertajuk "Saddest Song"..

    ReplyDelete
  4. Aku lupa nk ambik balik 9 keping hati tu. Tggu aku regenerate balik hati aku tu.
    Takpe, kalau ko nyanyi lagu hindustan aku dtg la..

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com