16 April 2009

Kitties




Inilah dua ekor anak kucing yg selalu berada di KKD2. Ada yg memanggil mereka sebagai Amru, Amra, Amri, Amir, tapi yg pasti ibunya bernama Amira. Bapanya pula tidak dpt dikenalpasti. Ini kerana kucing2 jantan masing2 enggan mengaku utk bertanggungjawab. Mula2 menjadikan kotak aku sbg rumah tumpangan, walaubagaimanapun aku tak mengenakan sebarang bayaran sewa kpd mereka.Kini ibunya membawa anak2nya mendiami loker Apek setelah merasakan keselamatan anaknya tidak lagi terjamin.






Walaupun persekitaran asal kediaman mereka kini sudah bersih dan kondusif namun itu semua tidak dpt mententeramkan hati Amira. Lagipun keadaan di luar amat bahaya kerana mungkin anak2nya akan dipijak oleh manusia tanpa disedari atau mungkin akan terkurung. Apatah lagi anak2nya kini sudah pandai memanjat keluar drpd kotak setelah diberi latihan intensif oleh manusia2 di sekelilingnya. Kemungkinan anak2nya akan dibuli oleh manusia juga amat tinggi.

Hi5 Emoticon

Memikirkan risiko tersebut, maka Amira terpaksa mencari kediaman baru yg lebih selamat. Aku cuma berharap mereka berdua akan terus survive apatah lagi hakikat hukum alam binatang ialah yg kuat akan terus survive, dan yg lemah pasti akan mati. Tetapi berbekalkan latihan yg telah diberikan, aku berharap mereka akan terus hidup dgn baik di alam dunia yg penuh pancaroba ini.

1 comment:

http://www.emailcashpro.com