Hari ini adalah hari pembebasan drpd azab fyp. Ya, petang tadi telah selesai sudah final presentation fyp aku. Walaupun nasib aku agak malang kerana tak dpt jawab soalan drpd Dr. IAI, tapi ada benda baik berlaku hari ni. Kita mulakan dgn nasib malang aku dulu. Kenapa Dr. IAI yg menjadi examiner ke-2 aku? Bukan aku berharap sangat supaya Puan dot dot dot jadi examiner aku. Tapi antara Puan dgn Dr. IAI, dah tentulah aku taknak kena soal dgn Dr. IAI. Dan ini adalah kali kedua Puan disenaraikan sbg examiner aku tapi digantikan oleh Dr. IAI. Mungkin Puan tukar jadual dgn Dr. IAI kot, fikir aku dgn prasangka baik. Ini apa ini? Inilah namanya takdir.
Selepas presentation, aku dgn Lan pegi KFC Kuala. Saja nak buang duit. Aku order snack plate je. Lepas bayar, aku terus duduk kat meja. Masa Lan bayar, cashier pompuan tu cakap kat Lan suruh bagi aku zinger burger tu. Lan mmg order zinger tapi dia suruh tunggu nanti dia hantar satu lagi. Aku tak order pun zinger burger, aku rasa cashier tu pun tau, tapi kenapa lak aku dpt sebiji? Nak kata hadiah hari jadi, hari jadi aku dah lepas. Kalau hari jadi Apek logik jugak (Tapi Apek dah lari pergi Langkawi pulak, kalau tak aku hadiahkan kat dia).
Aku rasa berlaku kesilapan teknikal kat situ. Mungkin cashier tu tgh mamai ke, split decision ke, entahlah. Mula2 aku ingat mungkin termasuk dlm pakej kot, tapi tak mungkin pulak pasal kat dlm gambar depan kaunter tu takde pulak tulis zinger burger termasuk dlm pakej snack plate. Kiranya mmg bertuahlah aku hari ni sbb dpt zinger free. Aku nak makan pun serba salah, lagipun aku tak larat nak habiskan semua sekali.
Maka aku pun teringatlah hukum halal haram. Benda yg aku tak bayar takkan pulak aku nak makan ye tak? Cashier tu takde pulak cakap dia sedekah kat aku. Di masa yg sama aku teringat pulak kucing kat rumah yg selalu kelaparan. Mungkin sebenarnya zinger burger ni bukan rezeki aku, tapi rezeki kucing tu. Aku cuma ditugaskan utk menyampaikan saja kpd yg lebih berhak iaitu kucing tersebut. Akan aku persembahkan santapan zinger ni kpd kucing seperti mana perjanjian aku utk memberi ia makanan suatu ketika dulu.
kucing ni kelaparan sampai roti pun dia telan.
pergh...rezeki ko la kucing uit..hahahaha..
ReplyDelete