01 January 2015

Welcome 2015

Selamat tahun baru 2015!


Sebenarnya aku tengah busy sekarang ni disebabkan minggu peperiksaan telah bermula. Bagi yg belum tahu, aku sekarang sedang mengambil Master's Degree dlm bidang Kejuruteraan Mekanikal. Coursework je. Sekarang ni berada di hujung semester pertama. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, aku dapat tamatkan pengajian aku pada Januari 2016 nanti iaitu pada penghujung semester ke-3. Kemudian tak pasti nak sambung PhD atau tak. Aku rasa apa salahnya kalau aku teruskan belajar, akhirnya boleh dapat gelaran Doktor.

Seperti yg korang tahu blog aku ni dah lama iaitu sejak tahun 2007 lagi. Post aku yg masa mula2 dulu memang banyak yg agak lucah sedikit tapi biasalah masa tu aku budak2 lagi. Skg ni dah kurang sikit la. hahaha. Aku pun tak bercadang nak hapuskan post yg lama2 tu sebab kebanyakan pelawat blog aku datang drpd sana. Jadi kita boleh lihat mentaliti org melayu kita ni. Betul kan? Memang itulah tujuan asal aku buat post melucah masa mula2 dulu. Nak drive trafik masuk blog aku. Lama-kelamaan aku tukar dan masukkan pula post yg berguna dan berunsur nasihat supaya korang akan berasa insaf seperti aku.

Kalau diperhatikan aku dah kurang buat post pasal pc games. Sebenarnya aku pun dah kurang main games skg ni. Tapi aku masih layan Pro Evolution Soccer dan Football Manager.  Tengoklah nanti mungkin masa cuti semester 2 nanti (bulan Julai/Ogos) aku nak beli Playstation 4. Kalau nak beli skg duit bajet cukup utk beli PS4 je. Nak beli TV tak lepas, kena cari duit lagi. Haha. Alang2 baik aku fokus kat study dulu sampai habis exam. Kemudian baru main games. Aku nak main Middle earth : Shadow of Mordor la. Nak main kat PC aku tak lepas requirement, terpaksa beli PS4 pasal aku tak mau upgrade PC.



Mahukah anda menyertai perniagaan yg menguntungkan dan bermula dengan kos yang rendah?

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com