01 February 2017

Kompetensi dalam pekerjaan. Tahukah anda?

Pada kali ini saya ingin menaip sedikit penulisan tentang kerjaya. Tiba2 jadi rajin pulak nak buat penulisan macam ni. Haha. Saya akan huraikan dalam kerangka kerjaya yg saya lalui selama hampir 8 tahun sebelum ini. Pendek kata, ini adalah pengalaman saya sendiri dan apa yg saya utarakan dlm entry kali ini adalah pandangan saya sendiri. Barangkali orang lain ada kisah mereka sendiri jadi itu cerita lain pulak. 

Saya tak pernah kerja dgn government. Saya bekerja dalam bidang swasta. Company pertama yg saya bekerja di situ adalah manufacturer Pressure Vessels, unfired vessels utk storage dsb. Company kedua pula buat gas piping installation tetapi lebih kpd bidang construction. Jadi anda dapat lihat bidang yg saya ceburi ini secara umumnya adalah berkaitan Oil and Gas.

Company pertama tugas saya adalah sbg QA/QC Engineer, namun pada beberapa bulan akhir sebelum saya resign tahun 2011 dulu, saya terlibat dlm kerja design dan DOSH. Kerja dlm bidang kualiti kilang besi macam tu memang tak lari drpd kerja berkaitan welding la. Kat kilang saya dulu ada 5 jenis welding yg digunakan iaitu SMAW, SAW, GTAW , GMAW dan Flux core. Jadinya kerja welding inspection ni memang wajib ler utk ahli QA/QC. Selain drpd visual inspection, ada juga NDT inspection, maka bidang ni sebenarnya agak luas jugak la prospek kerjayanya. 

Sebelum tu, saya kena bahagikan kompetensi ni kpd dua bahagian. Bhg pertama ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan kerajaan. Manakala yg kedua ialah kompetensi yg diperakukan oleh badan professional atau organisasi antarabangsa.

Utk yg bekerja dlm bidang inspection spt welding inspection atau pressure vessel inspector, kompetensi yg boleh diperolehi adalah drpd badan professional. Bermakna anda kena hantar permohonan, kemudian kena ambil exam dan mungkin juga kena ikuti kursus terlebih dahulu. Utk welding boleh mohon sijil drpd badan seperti TWI (CSWIP), manakala pressure vessel inspector drpd API. Apabila dah dapat sijil tersebut, ianya boleh dijadikan sbg tambah nilai yg sgt berharga utk anda memohon kerja di tempat lain dan mendaki tangga gaji yg lebih tinggi. Ada lagi certification utk bidang NDT dan corrosion tapi saya tak ingat organisasi yg mana boleh bagi. Jikalau anda terlibat dlm bidang design utk pressure vessel pula, anda boleh dapatkan certification drpd ASME dgn mengikuti kursus yg disediakan.  

Company kedua saya bekerja pula adalah sbg Project Engineer. Di company ni saya terlibat dgn kerja piping jadi ianya tak ada kaitan sgt dgn pressure vessel kecuali bab welding dan testing shj. Utk bidang piping, kompetensi boleh diperolehi drpd API sbg piping/pipeline inspector. Kompetensi juga boleh diperolehi drpd TWI kerana ada melibatkan kerja welding. Disebabkan kerja yg saya lakukan ni tertakluk kpd Akta bekalan Gas, bermakna kompetensi juga boleh diperolehi drpd badan kerajaan iaitu Suruhanjaya Tenaga. Selain itu, sekiranya anda mempunyai pengalaman yg cukup dlm project management, anda boleh juga memohon utk PMP certification drpd organisasi yg diiktiraf. 

Selain drpd itu, ada puluhan lagi kompetensi yg ada dlm JKKP seperti HSE Officer, Boilerman, Steam Engineer, Scaffolder dan lain2. Kalau dlm Suruhanjaya Tenaga ada kompetensi dlm bidang elektrik dan gas. Cuma jika ada kompetensi berkaitan kerajaan ni anda tak boleh bekerja secara freelance. Anda kena bekerja dgn company berkaitan atau pun tubuhkan company sendiri. Kebanyakan orang lebih suka tubuhkan company sendiri seperti beberapa bekas jurutera dan supervisor yg pernah bekerja dgn ex-boss saya sebelum ni. Malahan sewaktu saya mula bekerja di company tersebut pada tahun 2011 yg lalu, di dlm offer letter saya terdapat klausa yg melarang saya menjalankan perniagaan sendiri yg berkaitan gas selagi saya masih bekerja di situ. Tetapi saya sendiri tak memilih jalan macam tu sebab tak cukup modal nak buka company sendiri. Sesiapa yg pernah baca entry saya sebelum2 ni mungkin tahu sebab apa kan? Hahaha.

Oh lupa pulak nak bagitahu. Siapa yg kerja dlm bidang QA/QC boleh juga dapatkan certification sbg QMS Lead Auditor. Kalau anda ada certification ni anda boleh jadi auditor utk mana2 company dan juga boleh ambil upah utk setup ISO certification utk sesebuah company.

Jika anda adalah seorang jurutera, saya cadangkan agar anda mohon utk dapatkan kelayakan sbg Jurutera Professional (PE). Nak tahu macam mana kena rujuk website Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). 

Kesimpulannya, kompetensi dlm pekerjaan adalah sesuatu yg sangat diperlukan utk anda berkembang dlm kerjaya anda. Tidak kira jika anda bukan bekerja dlm bidang kejuruteraan sekalipun, anda perlu jadi kompeten dalam bidang yg anda lakukan. Doktor, jururawat, peguam, akauntan dan lain2 juga ada kompetensi dan perlesenan mereka yg tersendiri. Hatta ejen insurans pun kena lulus exam utk dapatkan lesen drpd LIAM sebelum mereka boleh menjual produk insurans.

Kompetensi yg diperakukan oleh badan kerajaan memberi anda kuasa seperti yg terdapat di dalam akta dan undang2 Malaysia. Manakala kompetensi yg diperakukan oleh badan professional membolehkan anda bekerja di merata dunia, mendapat permintaan yg tinggi dan juga gaji yg kemungkinan sangat mahal, dan skill yg dihormati di dlm bidang kuasa pekerjaan anda. Walaubagaimanapun, perlu diingati bahawa dgn adanya kompetensi, bermakna ia datang dgn tanggungjawab yg sgt berat. Anda perlu memikul tanggungjawab terhadap apa yg anda lakukan!

Pada entry akan datang, saya akan tulis pula tentang bidang kerjaya yg saya jangka akan berkembang pesat dlm masa beberapa tahun akan datang. Dan bidang tersebut bukan Oil and Gas. Kenapa? Nantikan kupasan saya selanjutnya pada masa akan datang...


1 comment:

  1. Assalamualaikum abang bagaimana dengan pendapat abang seorang yg mempunyai sijil casmen tapi hendak beralih ke vessel inspector Api 510 ?

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com