17 November 2016

Misteri Jam 12



Aku mula2 mendengar rancangan Misteri Jam 12 ini pada awal tahun 2014 melalui saluran Youtube. Ianya disiarkan melalui stesen radio Singapura iaitu Ria 89.6. Pada ketika aku mula mendengar rancangan radio Misteri Jam 12 ni, aku teringat tentang satu rancangan radio seram seumpama ini yg pernah aku dengar di radio THR pada tahun 2004 dahulu. Masa tu zaman aku kat kolej matrikulasi. Lebih kurang sama temanya. Cuma berlainan format.

Aku suka dgn cara DJ radio yg menyampaikan rancangan Misteri Jam 12 ni. Memang terbaik ditambah dgn sound effect yg menyeramkan. Waktu mula2 dulu aku selalu dengar rancangan ni sebelum tidur menggunakan tablet aku. Kadang2 baru masuk setengah jalan je aku dah tertidur. Ada sekali tu, aku tertidur masa dengar misteri jam 12 ni. Tiba2 aku terdengar ada suara mengilai kat telinga aku masa tengah tidur tu. Terus aku terjaga dan terus membuka lampu bilik. Siyol rupanya bunyi mengilai tu adalah sound effect yg datang drpd rancangan tersebut. Haram... sumpah seram, macam real je. Huhuhu... Terus aku berjaga sampai subuh pada hari tersebut. Hihihihi...






No comments:

Post a Comment