02 November 2016

One Piece anime belian muat turun



Aku merupakan peminat anime One Piece semenjak lebih 15 tahun yg lalu. Masa zaman sekolah dulu2 aku suka baca manga One Piece ni, diterjemahkan kpd tajuk Budak Getah. Kemudian selepas aku masuk universiti, aku mula menonton siri anime One Piece pula. Aku berhenti tengok anime ni kira2 semasa 7 tahun lepas iaitu selepas Luffy bertemu Brook di Florian Triangle. 


Sekarang ni aku dah berjaya download dan catch up balik semua episod yg aku tertinggal dan kini dah sampai ke Zou Arc. Kalau ikut manga, Luffy sekarang sedang bertarung dgn Commander Cracker di kawasan Big Mom. Siri anime lambat lebih kurang 10 bulan berbanding dgn siri manga One Piece.


Dalam simpanan aku kini ada anime One Piece episod 337 dan ke atas dgn saiz tidak kurang drpd 20 GB. Antara saga yg ada ialah Thriller Bark saga masa Luffy kalahkan sichibukai Gecko Moria, Sabaody Archipelago saga masa Bartholomew Kuma terbangkan semua crew straw hats sampai berpisah selama dua tahun. Kemudian War of the best saga masa Luffy seludup masuk penjara Impel Down untuk selamatkan abng dia, Ace dan masa Luffy join peperangan antara lanun Whitebeard dan The Marines. Kemudian selepas dua tahun (after time skip) yg mana semua crew straw hats bertemu kembali dan pergi ke Fishman Island. Selepas Fishman Island saga, mereka sampai ke New World di mana pulau pertama dijejaki ialah Punk Hazard. Di situ Luffy mengalahkan saintis lunatic bernama Caesar dan menjalinkan alliance dgn Trafalgar D Law dari lanun Hearts. Kemudian mereka mengalahkan shicibukai Doflamingo di Dressrosa. Luffy juga bertemu seorang lagi abang dia yg masih hidup iaitu Sabo yg kini merupakan org kuat Revolutionary Army. Selepas itu mereka sampai ke Zou iaitu sebuah pulau yg terletak di belakang badan seekor gajah gergasi yg telah hidup selama lebih seribu tahun. Dan anime One Piece sekarang progress sampai situ buat masa ni. Echiro Oda dlm satu temubual pernah memberitahu bahawa siri One Piece kini telah 65% siap. Bermakna masih ada baki 35% lagi.

Untuk anda semua yg berminat menonton siri One Piece tapi tak nak buang masa untuk muat turun (download), boleh dapatkan drpd aku. Aku bercadang utk jual drpd episod 337 sampai latest episode dgn harga RM30.00. Seperti dlm screenshot di atas, anda boleh lihat aku ada simpan lebih 400 episod terbaru One Piece. Boleh hubungi aku jika berminat untuk memnbeli. Aku tak jual Cd atau Dvd. Bawa laptop sendiri dan aku akan transfer terus drpd hard disk aku. Kita boleh jumpa kat mana2 kedai mamak atau tempat yg sesuai area Kajang, Bangi dan berdekatan.


2 comments: