07 March 2011
Kalah lagi...
Malam tadi aku sempat tengok match antara Liverpool dan Man Utd tapi setakat first half je lah. Bukan taknak tengok full match, tapi lepas Nani injured aku rasa memang susah la nak kejar balik dua gol tu. Bila fikir balik, menyesal jugak tengok game Man Utd. Sebab setiap kali aku tengok game Man Utd, kemungkinan akan berakhir dgn kekalahan adalah sangat tinggi.
Tinggal lagi 9 game sahaja lepas ni. Kalau tengok fixture yg tinggal, Man Utd masih lagi perlu bertandang ke Emirates pada 1 May nanti. Sekarang ni Man Utd mendahului 3 mata tapi Arsenal satu perlawanan kurang. Perlu diingat bahawa Arsenal masih perlu bertandang ke White Hart Lane pada 20 April. Man Utd masih perlu bertemu Chelsea kat Old Trafford, namun begitu Arsenal juga perlu melayan kunjungan Liverpool pada 17 April nanti.
Remaining fixture lists
Mar 19 Manchester United v Bolton Wanderers Old Trafford
Apr 2 West Ham United v Manchester United Upton Park
Apr 9 Manchester United v Fulham Old Trafford
Apr 16 Newcastle United v Manchester United St James' Park
Apr 23 Manchester United v Everton Old Trafford
May 1 Arsenal v Manchester United Emirates
May 7 Manchester United v Chelsea Old Trafford
May 14 Blackburn Rovers v Manchester United Ewood Park
May 22 Manchester United v Blackpool Old Trafford
Bermakna pertemuan di Emirates pada 1 May adalah penentu siapa juara EPL pada musim ni. Aku tak rasa Man City atau Chelsea boleh menjadi juara disebabkan perlawanan2 yg tinggal antara Man Utd dan Arsenal bolehlah dikatakan agak mudah. Aku berharap Man Utd akan terus mempamerkan dominasi di Old Trafford dan dapat mengutip 3 mata penuh di home. Selain drpd Emirates, game away yg tinggal macam kacang je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment