11 March 2011

Surprise hari ini...



Hari ini berlaku satu peristiwa penting yg menunjukkan kezaliman company aku. Sorry to say la, tapi itulah hakikatnya. Pagi tadi, factory manager aku ditunjukkan pintu keluar apabila diberi notis berhenti kerja 24 jam. Orang tua tu dahla umur nak masuk 50, ada anak tiga orang lagi. So, korang faham2 la kan? Umur dah macam tu, manalah nak cari kerja lain? Aku tak tau la kalau2 dia ada buat bisnes sampingan kat luar, MLM ke atau forex ke. Aku fikir mungkin company ada bayar dia compensation tiga bulan gaji, itu aku tak tau la pasal undisclosed. Dia blah pun, takde jumpa salam org lain dulu. Tapi zalim la pecat 24 jam notis, at least bagi la sebulan notis ke. Baru la dia bersedia.


Aku pun tak tahu apa punca company aku pecat dia. Ada beberapa sebab yg aku nampak sebagai petunjuk, tapi tak boleh dipastikan buat masa ni. Semuanya berlaku terlalu pantas. Apa pun aku rasa, itu semua salah dia jugak. Pasal terus terang aku cakap, dia tak boleh adapt dgn cara kerja kat company aku. Bagi aku dia dahla pemalas, pastu asyik mengarah orang lain buat kerja tahunya. Dari segi knowledge engineering pulak tak kuat, asyik bergantung kat bos department aku je. Kalau tak tau tu belajarlah, buka internet ke cari informasi. Ini tidak, buka internet baca news, pastu ym, facebook lagi. Adoi, kelakar bila memikirkan perangai dia...Budak2 production siap cakap kat member aku lagi, "Kira okay la tu company bagi dia kerja tujuh bulan. Kalau tak pandai, tapi rajin boleh terima lagi. Ini dahla tak pandai, pemalas pulak tu." Siot gila. Dulu diorang kutuk belakang2 je. Member tu dah blah, baru berani kutuk depan2.

Masuk bulan ni, dah 17 bulan aku kerja. Dah ada 3 orang factory manager berhenti. Teringat lagi masa bulan Julai tahun lepas. Masa tu, terdengar ura-ura mengatakan yg company nak buang aku. Tapi dia ni lah yg mempertahankan aku kpd pihak management. Dia hantar email kpd pihak management menyatakan yg aku buat kerja, tangki yg aku jaga setiap minggu keluar, jadi kenapa perlu buang aku? Bila bos baru masuk jaga department aku, kemudian kitorang (QA/QC dan Design department) pindah ofis atas. Masa tu, factory manager ni tinggal kat ofis bawah dgn budak2 purchasing dan logistic. Dia jadi isolated dan hilang tempat bergantung pasal department kritikal dah pindah.

Sebenarnya aku sendiri masih berwaspada dgn kezaliman yg mungkin akan berulang lagi. Aku tak rasa selamat kat sini. Aku masih cuba mencari jalan keluar. Susah jugak, pasal sekarang ni projek pun dah kurang dlm bidang oil & gas ni. Company aku pun dah tak banyak projek buat masa ni. Mungkinkah aku perlu bertukar bidang. Nak pegi mana agaknya? automotif? Construction? atau M&E? Aku rasa layan dulu je la kerja ni, manalah tahu kalau tahun depan aku boleh dapat cari kerja offshore. Bukan senang nak masuk oil & gas ni kalau takde networking. Harap2 dlm pertengahan tahun ni akan adalah projek balik. Finger crossed...

2 comments:

  1. wah kerja ini sangat merbahaya.... hidup zaman skang mesti ada plan B, aku baru jer kene buang keje opis melingkup...skang hidup buat keje freelance hehehe

    ReplyDelete
  2. hidup banyak cabaran bro.. kena tabah menghadapi dugaan..

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com