24 September 2009
Chocolatier Decadence by Design
Dengan saiz sebesar lebih kurang 33MB, PC game ni sebenarnya simple je. Dalam PC game ni kita disuruh membangunkan sebuah kilang coklat dan mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. Berlatar belakang beberapa tahun selepas perang dunia kedua, kita dikehendaki mengembalikan reputasi dan meletakkan syarikat di kedudukan asal seperti masa sebelum peperangan melanda.
PC game ni mempunyai story line yg agak menarik, kita dikehendaki menghasilkan coklat, coffee, truffle, dsb. Dan kemudian menjualnya. Kita akan mengembara ke berbagai-bagai pelabuhan dan bandar seperti di Havana, Tangier, Bali dan Baghdad. Kita juga boleh mencipta resipi baru dan ada sesetengah bahan masakan hanya boleh dibeli di pelabuhan tertentu sahaja.
PC game ni sesuai utk mereka yg meminati genre strategi perniagaan (tycoon). Tetapi bagi mereka yg tidak meminati game strategi pasti akan berasa bosan bila bermain game ni. Aku download PC game ni kat internet, version pirate punya. Kalau cari kat kedai mungkin tak jumpa kot, sebab game ni pun baru tahun ni keluar. Kalau berminat search aje kat google, tapi biar spesifik sikit key word yg digunakan tu. Sebab ada sesetengah website cuma bagi demo version je. Jadi cuba taip ‘(taip nama game yg diingini) full free download’ atau lain-lain keyword yg dirasakan sesuai. Kena guna cara try and error.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya suka main game ni...hehehe...sekarang baru ada kilang keempat...yang chocolatier satu dgn dua dah khatam.. :)
ReplyDelete