17 September 2009

Menunggumu...

Bila gambar konvokesyen aku nak sampai kat rumah ni??? Bulan lepas dah telefon aku, macam nak hantar. Tapi sampai skg tak sampai2 lagi. Dah sebulan dah ni. Aku bayar 10 ringgit tu woi! Semata-mata nak suruh ko hantarkan ke rumah.. Apa punya kedai gambar la? Takkan ambik masa sebulan nak pos? Rumah aku kat Semenanjung je pun, bukannya aku suruh poskan ke rumah aku kat Manchester tu. Kalau aku tau baik aku pos pakai courier je. Hantar pakai burung merpati pun takde la amik masa camni punya lama.



Aku baru bercadang nak bubuh gambar konvo aku tu dlm frame, pastu gantung kat ruang tamu. Senang sikit orang nak tengok. Tambahan pulak dekat nak raya ni, kalau ada tetamu dtg rumah boleh la diorang tengok (gila riak.. kurang pahala puasa aku..)

Bukannya apa, bila jumpa aku selalu sangat orang tanya belajar lagi ke? Kat mana? Tahun berapa? Bidang apa? Tahun depan bila jumpa lagi, tanya soalan yg sama lagi. Belajar lagi ke? Kat mana? Bla..Bla..Bla.. Balik2 soalan sama. Balik2 soalan sama. Wei, soalan SPM pun tiap2 tahun tukar la, takde keluar soalan sama. Skg ni biar aku gantung gambar konvo aku, korang tengok la puas2.

Tapi masalahnya gambar pulak takde. Frame awal2 lagi aku dah beli. Takkan aku nak gantung frame je kot? Senang cerita biar aku letak je gambar Natt Chanapa kat dlm frame tu. Mau terbeliak bijik mata para tetamu menatapnya nanti. Apa punya kedai gambar la, tak pasal2 aku kena tulis entri bodoh camni kat dlm blog aku…

No comments:

Post a Comment