Hari ni bos aku outstation. Budak2 ofis semua bebas seketika. Tetapi tidak bagi kami budak2 site. Semalam bos aku dah bagi kerja utk aku selesaikan pagi tadi. Aku masuk ofis pada pukul 9.00 pagi. Kalau bos ada pun, mana pernah aku dtg awal. Biasanya tak kurang drpd 8.30 pagi baru sampai. Lepas tu terus bertolak ke KLIA. Selepas siap melakukan lawatan di tapak projek, aku pun bergegas balik.
Jam telah menunjukkan pukul 2.30 ptg. Masih awal lagi ni. "Nak balik ofis atau terus balik ke rumah?" tanya aku dlm hati. Aku memandu kereta secara pandu cermat jiwa selamat. Dipendekkan cerita aku singgah sebentar di Petronas dua tingkat kat depan Minlon tu. Singgah solat sebentar. Lepas habis solat, tengok jam lagi. "Baru pukul 3.30 ptg" kata aku dlm hati. Aku meneruskan perjalanan, konon nak balik ke pejabat. Sampai kat atas flyover sebelum masuk South city sana tu, aku pun buat U-turn ke arah Putrajaya semula.
Pukul 4.00 ptg aku pun sampai kat pekan Kajang. Hajat di hati nak pergi Plaza Metro. Selepas aku parking kat belakang sebuah kedai makan deret cziplee sana, aku terlihat penguatkasa Mpkj sedang berjalan ke arah motornya tak jauh dari lokasi aku. Aku pun masa tu dah ada kat luar kereta, jadi aku pun buat la macam tengah tggu seseorang. Aku sedari kereta yg park kat depan aku masih dlm keadaan enjin hidup. Ada perempuan dgn lelaki. Penguatkuasa tadi cepat2 memakai baju hujan dan menghidupkan motor. Masa tu memang hari dah gelap macam nak hujan. Selepas dia blah, aku pun berjalan kaki ke arah Plaza Metro. Aku tengok banyak kereta yg parking belakang tu kena saman. Fuh, nasib baik aku terlambat sikit. Kalau tidak, melayang duit dlm dompet aku.
Adalah dlm 15 minit aku kat Plaza Metro tu. Bila aku keluar je, dah hujan. Walaupun tak berapa lebat, tapi basah jugak la kalau redah. Dasar hati kering, aku pun redah hujan jugak sebab kalau tggu pukul 5.00 ptg nanti lebih teruk jam. Sebelum aku sampai ke kereta, aku melintas kereta yg enjin hidup parking depan kereta aku tadi. Aku terpandang lelaki dan perempuan tadi sedang berpelukan. Ditakdirkan tuhan, perempuan itu ternampak aku memandang aksi tidak senonoh mereka drpd luar tingkap. Aku pun buat tak tau je la. Malas nak rakam. hahaha. Aduhai. Mentang2 la hari hujan. Cuaca sejuk, duk beromen dlm kereta. Ingat air hujan yg turun tu boleh melindungi aksi jijik mereka? Dah la parking kereta belakang kedai makan. Ingat makcik yg cuci pinggan kat luar tu tak stim tengok ke? Macam2 skg ni. Kalau kantoi dgn penguatkuasa tadi, kan ke malu? Hujan oh hujan, lekas berhenti. hujan oh hujan usah turun lagi. Tak sanggup aku pandang mereka lagi. hahaha..
No comments:
Post a Comment