Hari ni aku pegi ke Johor Premium outlet di Indahpura. Tujuan sebenar aku ke sana bukanlah utk shopping, tapi sebenarnya aku nak melakukan pemeriksaan talian paip gas kat sebuah kedai di situ. Biasalah, nak cari side income utk company. Walaupun downstream ni tak banyak boleh buat duit macam budak2 yg keje upstream, tapi kalau ada lesen kompeten ni boleh buka company sendiri apa.
Jadi, pada pemerhatian aku hanya aku seorang je yg parking kereta kancil kat situ. Yang lain semuanya kereta hebat2 walaupun ada sedikit kereta viva dan beberapa buah saga aeroback yg lama tu. Banyak kereta nombor plat Singapore. Yalah, dlm asia tenggara hanya di Malaysia shj ada Premium Outlet ni. Jadi mereka pun suka la shopping kat sini.
Bangunan kat sini memang betul2 class. Setiap kedai nampak tersangat eksklusif sekali, apatah lagi harga barang2 di dalamnya. Walaupun diskaun yg diberikan antara 25 - 65 percent, tapi kalau harga barang 200 lebih setelah ditolak diskaun tetap tak kurang 100 jadinya. Maka bagi sesiapa yg ingin berkunjung ke sini, pastikan poket anda tebal. Kalau setakat nak window shopping je, silakan pergi ke pasar malam.
Sebenarnya kelmarin aku dah pergi ke sini. Tetapi masa tu, tokei kedai tu off day pulak. Jadi aku mengisi masa lapang dgn merayau-rayau kat situ dan kemudian singgah di Nike Factory outlet. Akhirnya aku telah menghabiskan RM188.00 utk membeli dua pasang baju Nike berharga rm89 dan rm99 setiap satu (harga asal rm139.00 setiap satu). Tak pasal2 rabak poket aku. Lain kali kalau datang lagi aku bawa rm50 je pegi sini, cukup2 utk isi minyak petrol.
Selepas itu kehidupan aku di Johor diteruskan kembali ke Puteri Harbour di Nusajaya.
No comments:
Post a Comment