14 February 2015

Review buku Mudahnya menjemput rezeki


Mungkin saya ni agak ketinggalan keretapi. Buku Mudahnya menjemput rezeki ni dah keluar lebih drpd dua tahun lalu, tapi baru hari ni saya baca dan habiskan baca dalam tempoh dua malam je. Sebenarnya saya ni tak gemar membeli buku. Membaca itu memang hobi saya semenjak kecil. Tapi saya lebih suka kepada membaca bahan2 kat internet dan juga membaca surat khabar.

Cuma sejak saya menyambung belajar Master's Degree ni, saya mula terbuka hati utk masuk ke kedai buku dan membeli buku secara fizikal. Sebelum ni saya download e-book kat internet je. Bagi saya buku Mudahnya menjemput rezeki ni sangat bagus. Isinya disampaikan dgn cara yg jelas dan santai. Ianya dapat difahami dgn mudah oleh para pembaca. 

Saya suka idea penulis bahawa rezeki ni boleh 'dijemput' dan ianya lebih mudah dijemput berbanding sekiranya kita mencari. Ada banyak teknik2 yg diterangkan bagaimana anda boleh menjemput rezeki. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca sendiri buku ini samada beli sendiri atau pinjam dari kawan. Tetapi dlm entri kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri dlm 'menjemput rezeki' kira2 dua tahun yg lalu. Teknik ini adalah menjemput rezeki dgn cara bersedekah. Berikut pengalaman saya...

Pada tahun 2012 yg lalu, saya berada di Johor Bahru kerana menguruskan projek utk company saya di Nusajaya. Bos saya ni (sekarang ex-boss) memang selalu lambat bayar claim dan elaun saya. Selalunya tertunggak sampai berbulan-bulan lamanya.

Pada suatu hari, di Yahoo!Groups yg saya sertai ada menyiarkan tentang seorang adik kecil yg mempunyai masalah jantung dan ibubapanya terdesak memerlukan wang utk melakukan pembedahan segera. Pada masa itu, saya melihat gambar adik tersebut di dlm email saya dan hati saya tersentuh. Saya berazam utk membantu adik tersebut dgn menghulurkan sedikit sumbangan bagi mencukupkan dana yg diperlukan oleh ibubapa beliau. Lalu saya mencatatkan nombor akaun bank yg tertera dan pada hari keesokannya saya mendepositkan sebanyak RM100.00 kepada akaun tersebut.

Niat saya pada masa itu hanyalah ingin membantu adik kecil yg sedang sakit itu. Beberapa minit kemudian saya pun memandu kereta meninggalkan bank utk ke medan selera berdekatan bagi menjamu lunch. Selesai lunch, saya pun bergegas utk menunaikan solat zuhur di surau berdekatan. Selepas solat zuhur, tiba2 henset saya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mesej tersebut dtg drpd kerani di pejabat saya. Dia memberitahu bahawa wang claim saya telah masuk sebanyak RM2400.00. Subhanallah! Sungguh saya tidak sangka! Sudahlah baru tiga hari lepas saya dapat gaji. Sekarang dapat pula duit claim dan elaun. Alhamdulillah, Allah membalas cash kpd saya RM2400 mungkin berkat sedekah RM100 yg saya berikan.

Samada anda ingin mempercayai apa yg saya ceritakan ataupun mengatakan ianya hanyalah kebetulan, terpulanglah kpd anda. Anda tidak berada di tempat saya dan tidak merasai betapa susahnya saya nak dapatkan duit claim dan elaun saya tu. Kalau anda baca semula post saya pada tahun lepas (terutamanya dlm label 'story of myself'), anda  akan tahu berapa puluh ribu ringgit company ni hutang kpd saya.

Jelaslah hakikat rezeki itu milik Allah. Kalau Allah nak bagi, siapa boleh halang? Dan kalau Allah halang, siapalah yg boleh bagi? Sebenarnya duit dlm poket kita itu belum tentu lagi duit kita punya. Dlm tu mungkin ada hak dan rezeki org lain. Duit yg kita infak dan beri sedekah itulah sebenarnya duit kita. The end. Renung2kanlah ye...


Muhammad Hazim
Wealth Planner,
Prudential BSN Takaful

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com