Agak2 korang berapa harga duit syiling kat atas ni?
RM1.20 ??
Hahaha. Nilai semasa bagi collector duit lama ialah :
20 sen tahun 1988 -->> RM2.00
$1 tahun 1992 -->> RM4.00
Bermakna total RM6.00 nilai kedua-duanya
Ini duit yg aku jumpa dlm tabung aku. Dulu ada banyak. Tapi aku dah guna, tak tahu pula bernilai tinggi. Kalau duit syiling 50 sen tahun 1969 tu lagi la, dekat puluh ribu harga dia. Huhuhu.
Lepas ni aku nak cuba cari lagi la dekat mana ada duit syiling lama. Mesti korang menyesal kalau pernah pegi tukar duit syiling kat mesin tukar duit syiling kan? Hahaha..
Kalau harga wang kertas pula aku tak tahu sangat. Mungkin korang boleh rujuk kpd pakar numismatik atau pun beli buku numismatik. Dlm buku tu ada tulis harga secara terperinci. Tapi aku rasa kalau korang ada skill menjual, apa pun jadi boleh. Sbg contoh korang nak jual 5 keping wang kertas terbaru bernombor siri cantik dan berturutan 8888 ke, 7777 ke. Kalau ada org yg berminat nak beli, korang negotiate la sampai jadi beli.
Mungkin ada collector yg rasa marah sbb ramai org cuba nak manipulate benda ni jadi macam bisnes. Akhirnya harga duit syiling atau wang kertas jadi mahal dan menyusahkan collector utk mengumpul koleksi mereka. Itu aku tak ada komen sbb aku memang tak pernah lagi jual beli duit syiling ni. Biasalah golongan opportunist ni, asal ada kesempatan, mereka sebat je.
No comments:
Post a Comment