Lama juga tak buat ulasan filem kat sini. Baru tengok cerita hitman agent47 pada dua minggu lepas, tapi tak nak ulas filem tu. Cliche sangat jalan ceritanya. Filem yg aku nak bincangkan pada kali ini ialah The Age of Adaline. Aku pilih perkataan bincang sebab aku tak nak ulas banyak sangat pasal jalan cerita dia tetapi aku nak bincangkan tentang motif dan tema filem ini.
The Age of Adaline mengisahkan seorang wanita yg lahir pada tahun 1905 tetapi masih hidup sehingga kini. Pada tahun 30-an lebih kurang macam tu la, Adeline ni telah mengalami kecelakaan jalan raya ketika cuaca buruk. Kereta yg dipandunya terbabas ke dalam sungai yg sangat sejuk mungkin menghampiri paras beku. Dia tenggelam di dalam sungai tersebut dan jantungnya dikatakan berhenti beberapa ketika. Tiba-tiba datang kilat menyambar kereta beliau, sehingga menyebabkan jantung Adeline kembali dihidupkan oleh cas daripada kilat tersebut. Dipendekkan cerita Adeline terselamat dan kesan daripada peristiwa tersebut, Adeline terus kekal muda dan tidak mengalami proses penuaan setiap zaman berzaman sehinggalah masuk abad ke-21.Adeline pula hidup seperti biasa dan sentiasa menukar identiti dirinya pada setiap dekad sebagai langkah keselamatan.
Cerita dia agak menarik walaupun kurang logik. Kurang logik tetapi tidak mustahil. Bukan tidak ada manusia yg hidup lama sehingga beratus-ratus tahun. Malahan Nabi Nuh a.s. sendiri hidup sehingga 1000 tahun dan ramai para nabi yg lain begitu juga. Perkara ini tidak mustahil utk umat2 pada zaman dahulu, jadi ianya juga tidak mustahil utk kita semua yg hidup pada zaman ini. Cuma Rasulullah a.s. pernah memberitahu bahawa kebanyakan umat baginda akan hidup sekitar 60 tahun sahaja.
Jika ditakdirkan kita dapat hidup lebih seratus tahun seperti Adeline, apa yg kita akan lakukan? Dalam filem, Adeline diceritakan sering jatuh cinta dgn lelaki maklumlah dia kan cantik, ramai lelaki yg ingin mendekati dia. Malahan lelaki yg mengejar cintanya pada masa kini juga merupakan anak kepada bekas kekasihnya pada tahun 70-an dulu. Wow! Habis anak-beranak kau try.. Adakah anda juga ingin menjadi seperti itu? Hidup selama dua abad utk meniduri gadis2 semesta alam?
Ataupun anda ingin melaburkan duit di dlm perniagaan. Dan setelah lebih seratus tahun, anda sudah memiliki wang sebanyak 2.6 bilion? Inilah yg aku fikirkan sebenarnya. Kalau jadi seperti Adeline, aku akan cuba membeli saham sebanyak mungkin di bursa saham. Bila dah lama2 saham aku akan naik nilainya.
Sebenarnya alangkah rugi menjadi seperti Adeline. Hidup lebih seratus tahun, tapi tak pernah menunaikan solat. Seperti lagu nasyid tu, "walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya!". Inilah yg sepatutnya kita lakukan jikalau memiliki umur yg panjang. Bekerjalah kita seperti mana kita akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kita seperti mana kita akan mati esok hari. Sekian..peace!
No comments:
Post a Comment