05 September 2015

Car Mechanic Simulator 2015


Game simulator pertama yg aku main selain Football Manager. Sebelum ni aku dah jumpa banyak game simulator macam truck simulator, farm simulator, flying simulator dan sebagainya. Cuma kali ini tertarik dgn game Car Mechanic Simulator ni. Mungkin sebab sewaktu aku download game ni, filem Furious 7 baru keluar masa tu.
Apa yg dimainkan dlm simulator ini adalah repair kereta pelanggan. Bila dapat job order tu, korang kena tengok apa yg rosak. Then order part baru utk diganti. Lepas tu bila dah siap, dapatlah duit dan experience point. Biasalah korang kena buat kerja2 mekanik seperti cabut tayar, cabut skru kemudian pasang balik dan seumpamanya.



 Apa yg menarik bila game ni progress, korang boleh spend experience point utk upgrade bengkel korang atau pun alatan kepada yg lebih bagus. Malahan korang boleh bina paintshop sendiri dan tempat utk tuning kereta. Dan selepas tu akan dapat banyak job yg lebih sukar tapi menyeronokkan.


Sampai masanya, korang boleh beli kereta terpakai atau lelong utk dibaiki dan dicantikkan. Malah boleh digantikan dgn part2 baru utk upgrade performance. Kemudian kereta tersebut boleh dijual dgn harga yg tinggi.

Aku suka kepada muzik latar dlm game ni yg sesuai dgn suasana bengkel dan pengubahsuaian kereta. Kepada korang yg tidak pernah mengetahui apa barang yg ada di bawah hood kereta korang, bolehlah bermain game ni. Barulah korang tahu macam mana rupa air filter, crankshaft, tie rod, steering rack dan di mana lokasi barang2 ni berada. Nanti kalau korang pegi repair kereta atau pun servis kat bengkel, takde la kena tipu dgn pomen lagi. Ini kalau rupa oil filter dan spark plug pun korang tak tahu, jemmm!!

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com