Aku baru sahaja pulang dari pantai timur. Ya, sejak hari Jumaat lepas sampailah semalam aku berada di pantai timur. Hari sabtu lepas adik aku kahwin di Kota Bharu, Kelantan. Inilah kali kedua aku sampai ke Kota Bharu semenjak kali pertama pada Oktober 1998 iaitu lebih kurang 17 tahun yg lalu. Pada pagi Ahad kami sekeluarga bertolak ke Kuala Terengganu dan bermalam di sana. Kemudian, pada pagi Isnin barulah bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Sebenarnya pada hari Sabtu lepas, aku bukan sahaja menghadiri kenduri kahwin adik perempuan aku. Aku juga sempat menghadiri kenduri kawan lama aku di Kota Bharu juga. Dia yg jemput aku datang. Sebenarnya rasa berat hati juga nak datang kenduri dia. Seolah-olah mendengar lagu nyanyian Judika - Setengah mati merindu. Huhuhu.. Kalau nak tahu kenapa, bacalah post aku dua tahun lepas: Terus terang dan Di bawah pohon itu aku dan dia dan Ajaibnya Doa - Part 5.
Ada orang kata dlm hidup ini, tidak pernah ada kebetulan. Semua yg berlaku sudah ditentukan daripada Tuhan Yang Maha Esa. Inilah yg dinamakan sebagai jodoh. Aku masih merindui dia. Ya, sebab itulah aku sanggup datang ke kenduri perkahwinan dia. Walaupun ini mungkin kali terakhir aku dapat berjumpa dengan dia. Cukuplah walaupun sekadar dapat bercakap dengan dia sepatah dua kata.
Ajaibnya hidup ini. Memang sudah tertulis bahawa aku akan memenuhi undangan ke majlis perkahwinan dia. Sekiranya aku tidak ada urusan di Kota Bharu, sudah pasti aku tidak akan menjejakkan kaki ke sana kerana jarak perjalanan yg jauh utk aku tempuhi dari Kuala Lumpur. Tidak pernah aku sangka yg majlis perkahwinan adik aku berlangsung pada hari yg sama dgn majlis dia dan jarak lokasi hanyalah sejauh 15 minit perjalanan.
Ada juga terfikir adakah dia menghantar jemputan kepada aku sekadar utk memberitahu supaya aku boleh berhenti berharap? Entahlah. Aku tak pernah couple dgn dia pun. Cuma dia memang sedia maklum yg aku ada hati pada dia. Apa pun aku terima jemputan tersebut sebagai kawan. Lagipun aku bukannya ada ramai kawan perempuan pun. Kalau ada pun, hampir semuanya dah jadi emak orang. Hihihi..

Memang sudah tertulis seperti lirik lagu Judika (Setengah mati merindu) bahawa dia bukanlah jodoh aku. Cuma bezanya kali ini aku tidak akan menunggu dia lagi. Aku akan meneruskan kehidupan aku tanpa merasakan cinta kepada sesiapa lagi selain ibu dan ayah aku. Dugaan dan ujian dapat mendidik insan yg lemah seperti aku utk bersabar. Insya-Allah.
Aku ulang lagu Judika tu sebab lagu tersebut sedang popular masa aku mula2 kenal dgn dia. Kebetulan juga ke?
Kena layan lagu Potret (Akim & The Magistrate) pulak dah lepas ni. Hahahaha!!
No comments:
Post a Comment