25 January 2012

Avatar The Game


Game yg dikeluarkan pada tahun 2009 ni takdelah sehebat movie-nya. Namun begitu ianya bukanlah teruk sangat. Cuma game ni kekurangan sesuatu yg boleh menarik gamers semua utk bermain. Walaubagaimanapun, kualiti grafiknya boleh dikatakan sangat hebatlah. Dengan pemandangan di planet Pandora yg sangat indah dan menakjubkan, kalau skrin korang ada keupayaan 3D memang terpacul la dunia Pandora ni kat depan muka korang.

Dlm game ni korang boleh bermain bermain mewakili kaum manusia atau navi' dan menyelesaikan kempen masing2. Takde yg istimewa pun kempen dlm avatar the game ni. Aku main game ni pun sbb aku memang suka movie dia dan juga keindahan planet kaum navi' tu.

Campaign dlm game ni boleh dikatakan agak panjang dan memenatkan. Tapi aku suka main guna RDA sbb ada pelbagai kenderaan termasuk pesawat yg hebat. Cuma control dia tak berapa memuaskan. Aku langsung tak main guna puak Navi' pasal aku taknak buang lagi masa aku dgn campaign yg terlalu panjang mcm tu. Apa pun, game ni menarik jugak la utk dimainkan di waktu lapang kerana story yg straight forward dan pemain tak perlu banyak berfikir.

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com