24 August 2012

Spec Ops : The Line











Game yg berlatarbelakang negeri Dubai di UAE dan berlaku pada masa hadapan. Pada waktu itu Dubai bergolak dan tentera Amerika berada disana utk menjaga keamanan. Dubai yg digambarkan dlm game ni macam padang jarak padang tekukur. Macam tiada berpenghuni, yang tinggal hanyalah bangunan pencakar langit yg masih berdiri megah tersergam di kaki langit. Sebagai tentera penyelamat, Walker berserta dua anggotanya ditugaskan utk membawa balik sesiapa sahaja yg tertinggal. Apa yg mengejutkan ialah mereka bukannya akan bertarung dgn pengganas, tetapi dgn tentera Amerika sendiri yg dipanggil batalion ke-33.

Jalan cerita memang best, dan akan membuatkan pemain berfikir dan menghayati pengalaman cerita game ni. Pemandangan sangat mengagumkan, terutamnya dlm bangunan pencakar langit tertinggi di dunia tu, ada akuarium gergasi lagi tu. Ribut padang pasir juga adalah satu cabaran dlm bermain game ni. Namun ada kelemahan yg ketara iaitu sistem cover yg tidak memuaskan. Banyak kali dah aku mati kena tembak sebab cover tak melindungi aku dgn sewajarnya sewaktu berlindung drpd tembakan musuh. 

Game ni adalah 3rd person shooter, jadi tak perlulah dibandingkan dgn Call of Duty atau pun Battlefield. Apa pun, ini adalah antara game keluaran tahun ni yg wajar dimainkan kerana mempunyai jalan cerita yg menarik. 

No comments:

Post a Comment

http://www.emailcashpro.com