04 June 2018

Temuduga PTD 2018 (tahun kedua)

Sengaja aku jadualkan posting kali ni supaya publish selepas sebulan kemudian. Posting ni aku taip pada 2 May 2018. Ketika anda semua sedang membaca posting ini, bermakna keputusan temuduga PTD telah pun keluar.

Pada pagi tadi aku telah menghadiri temuduga utk jawatan pegawai PTD di Putrajaya. Ini kali kedua aku menghadiri temuduga utk jawatan ini. Kali pertama ialah pada tahun lepas, obviously aku gagal pada tahun lepas sebab tu aku kena mula balik proses drpd first stage (exam) sampai la 4th stage iaitu temuduga. 

Panel temuduga aku pada kali ini ialah pengerusi SPA sendiri (berpangkat Tan sri) dan lagi seorang lelaki yg aku tak tahu siapa nama dia. Maybe kali ini memang luck aku sebab salah seorang panel yg menemuduga aku ialah orang nombor satu dlm SPA.

Secara jujurnya aku kurang bersedia utk temuduga kali ni. Aku hanya membaca nota yg aku tulis utk temuduga pada tahun lepas. Dan kalau anda semua pernah baca posting aku pada tahun lepas, semua soalan temuduga yg ditanya pada hari temuduga tersebut tiada kaitan langsung dgn apa yg aku study sebelum temuduga. Maybe sebab tu kali ni aku malas nak baca sgt apa yg tertulis dlm buku rujukan menghadapi temuduga kerajaan tu.

Masuk je bilik temuduga, Tan Sri minta aku ceritakan background education dan pengalaman kerja aku. Tan Sri juga minta aku beritahu pointer aku semasa Degree dahulu. Bila dia dapati pointer aku bawah 3.00 , (kurang 0.04 mata je utk capai 3.0) dia kata aku tak lepas kelayakan minima utk jawatan ni. Tapi dia kata aku topup kelulusan aku dgn ijazah Master (keputusan aku atas 3.3) so tak jadi masalah. Dan seterusnya dia minta sebab kenapa perkara tersebut terjadi, adakah sewaktu aku muda dulu belajar main2. Haha, memang aku mengaku secara jujurnya aku main2 dan kurang fokus masa Degree dulu. Cakap jujur je, nothing to hide. Manakala utk Master, obviously tahapnya lebih susah maka aku lebih fokus dlm pembelajaran.

Lepas aku ceritakan pengalaman kerja aku, dia argue kenapa aku drpd bidang teknikal tiba2 nak terjun ke dlm bidang pentadbiran. Bukankah itu satu steep move yg akan aku lakukan. Aku dah pernah terfikir soalan macam ni mungkin akan keluar, tetapi aku tak pernah sediakan skrip jawapan utk soalan macam ni. Aku berharap kalau soalan ini diajukan, aku dapat menjawab secara spontan. Haha. Aku cakap aku dah lama kerja buat projek pembinaan dan aku nak cuba bidang pentadbiran pula. Aku ingin berkhidmat utk negara. Dan dia tanya lagi kenapa tak minta jawatan dlm bidang berkaitan. Well aku nak potong kat sini je. Kita masuk soalan seterusnya.

Apa kelebihan yg awak ada berbanding calon lain, kerana ramai calon yg bagus menghadiri temuduga kali ini? Aku cuma jawab saya tidak mudah berputus asa, walaupun gagal saya akan mencuba sampai berjaya. Kat sini Tan sri tanya berapa kali dah awak dtg interview PTD ni? Kali kedua aku jawab. Kenapa gagal kali pertama? Aku jawab saya kurang bersedia. Kali ni lebih bersedia, Insha'Allah.

Then lelaki sebelah tanya pula apa persediaan yg awak lakukan? Aku jawab saya membaca dan mengulangkaji mengenai teras PTD dan parlimen. Lepas tu soalan tentang parlimen pula diajukan. Cut short je la ye. Ada antara soalan yg aku tak dapat jawab pun tapi mereka bagi klu dan ada yg mereka tolong jawabkan. Haha. 

Aku rasa maybe aku sorang je yg tak ditanya soalan pasal pilihanraya. Sebab aku orang ke-9 ditemuduga. Sebelum aku masuk, aku tanya calon 1-8 , rata2 memang diajukan soalan pasal pilihanraya sebab minggu depan nak mengundi dah. 

Aku rate chances aku utk berjaya kali ni 50-50 je la. Dah pernah gagal sekali pada tahun lepas, maka kali ni aku serah pada takdir je la. Sebenarnya soalan interview PTD ni memang susah nak diagak secara tepat. Lagi2 calon tua macam aku ni, memang kurang ditanya pasal fakta dlm buku. Maka bersedialah utk ditanya pasal pengalaman kerja ataupun macam tahun lepas, ditanya soalan yg memerlukan pengetahuan am yg luas dan daya pemikiran yg kritis. hahaha



4 comments:

  1. saya dah baca posting ni tapi result masih tak keluar..huhu.. bila agak2nya keluar result..hati berdebar2..semoga ada rezeki saya dan saudara juga.. :)

    ReplyDelete
  2. The same goes to me.. still waiting and hoping for the positive result.. insyaallah ada rezeki

    ReplyDelete
  3. Saya pula baru baca komen anda. Result dah keluar beberapa minggu yg lepas melalui email. Kali ni juga saya tak berjaya lagi. Never mind. Saya rasa cukup kot dua kali mencuba. Bukan rezeki saya nak masuk bidang ni.

    ReplyDelete
  4. Adakah Tuan berjaya melepasi interview untuk tahun ke2 percubaan tuan?

    ReplyDelete

http://www.emailcashpro.com